Disahkan Positif Covid-19, Wanita Sanggup Berkurung Diri 5 Jam Dalam Tandas Pesawat [VIDEO]

Disahkan Positif Covid-19, Wanita Sanggup Berkurung Diri 5 Jam Dalam Tandas Pesawat [VIDEO]

WASHINGTON: Seorang penumpang dalam penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) ke Iceland sanggup mengurung dirinya di dalam tandas pesawat selama lima jam selepas beliau diuji positif COVID-19 sewaktu dalam perjalanan itu.

Marisa Fotieo merakamkan pengalamannya menerusi satu video TikTok yang meraih lebih 4 juta tontonan setakat malam Tahun Baru. Wanita itu dilihat berada dalam sebuah ruang tandas yang sempit dan memakai beberapa lapis pelitup muka.

VIDEO DIBAWAH:-

Fotieo, seorang guru, memberitahu CNN beliau menaiki pesawat Icelandair dari Chicago ke Reykjavik pada 19 Disember lalu. Beliau dalam perjalanan ke Switzerland bersama bapa dan saudara lelakinya.



Sebelum penerbangan, wanita itu mengambil dua ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) dan lima ujian pantas antigen (ART) – kesemuanya negatif. Selepas sejam berada di dalam pesawat tersebut, beliau mula berasa sakit tekak, menurut laporan itu.

Fotieo kemudian mengambil satu lagi ujian ART dan ia menunjukkan hasil positif.

“Pramugari pertama yang saya terserempak ialah Rocky. Saya menjadi tidak keruan, saya menangis,” Fotieo memberitahu CNN.

“Saya bimbang tentang keluarga saya yang baru sahaja makan malam bersama saya. Saya risau untuk orang lain yang berada di pesawat itu. Saya sendiri berasa cemas.”



Menurut NBC News, Fotieo memilih untuk terus mengasingkan diri di dalam tandas tersebut sepanjang tempoh penerbangan. Sekeping nota ditampalkan pada pintu tandas untuk menyatakan ia tidak berfungsi, lapor CNN.

Fotieo berkata beliau berjaya melalui penerbangan itu atas bantuan pramugari yang menghantarkan makanan serta minuman kepadanya.

Sebaik sahaja pesawat itu mendarat di Reykjavik, Fotieo dibawa ke sebuah hotel Palang Merah di mana beliau menjalani kuarantin selama 10 hari. Beliau telahpun divaksin dan juga sudah mendapatkan suntikan dos penggalak, lapor CNN.

Pengalaman Fotieo itu dilalui tatkala varian Omicron memporak-perandakan banyak rancangan percutian. Ratusan penerbangan dibatalkan di AS setiap hari sejak Krismas lalu apabila kakitangan syarikat penerbangan diuji positif COVID-19.. – Berita MediaCorp



Disahkan Positif Covid-19, Wanita Sanggup Berkurung Diri 5 Jam Dalam Tandas Pesawat [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker