Tuntutan palsu: SPRM Johor tahan pengarah urusan syarikat, jurutera

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengarah urusan sebuah syarikat dan seorang jurutera profesional bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM250,000 bagi projek pembinaan jambatan sementara di Segamat, enam tahun lepas.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia 41 dan 52 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira jam 7 malam pada Ahad selepas hadir memberikan keterangan.

Sumber memaklumkan pada 2016 hingga 2020, kedua-dua individu berkenaan telah bersubahat dalam mengemukakan dan memperakukan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan di daerah Segamat, bagi projek pembinaan jambatan sementara bernilai lebih RM4 juta, sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kedua-kedua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi Isnin bagi mendapatkan permohonan reman. – Bernama

Tuntutan palsu: SPRM Johor tahan pengarah urusan syarikat, jurutera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker