Tabung Seda BN Mampu Bantu Mangsa Banjir Beli Barangan Elektrik

Oleh Nurul Aishah

MANGSA banjir sedang memikirkan cara terbaik untuk meneruskan kehidupan mereka ketika ini. Sebagaimana yang kita tahu, kebanyakkan baranga elektrik rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi.

Rupa-rupanya kerajaan Barisan Nasional ketika Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri telah menubuhkan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) pada tahun 2011.



Berhubung dengan itu, satu tabung bernama Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) juga telah ditubuhkan dan dikawal SEDA. Sebahagian daripada kutipan bil elektrik setiap bulan bagi seluruh negara dimasukkan ke dalam tabung ini untuk digunakan bagi menggalakkan pembangunan tenaga lestari serta membantu setiap rumah tangga mengurangkan penggunaan elektrik.

Berhubung dengan tabung ini, kerajaan BN menyediakan program SAVE 3.0 bagi setiap pemilik akaun elektrik domestik untuk menikmati baucer dan rebat sehingga RM400 bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga berlabel empat atau lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Ini termasuk pembelian atas talian dan juga di kedai runcit.

Bagi mangsa banjir pula, baucer sehingga RM500 diberi bagi pembelian sebarang peralatan elektrik menerusi rangkaian atas talian dan runcit dalam senarai SEDA.



Tabung SEDA ini sebenarnya adalah wang yang dikutip dari setiap pengguna elektrik dan disimpan sejak tabung ditubuh.

Pesanan kepada mangsa banjir, manfaatlah sepenuhnya hak anda.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker