Caprice bengang dengan bekas isteri SM Faisal

Caprice bengang dengan bekas isteri SM Faisal

Penyanyi rap Caprice hari ini dilaporkan telah menyelesaikan kes saman fitnah antara dia dan ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal secara baik dalam kamar di Mahkamah Sesyen Hari ini.

Saman itu berhubung Caprice yang memuat naik hantaran fitnah menerusi Instagram miliknya yang mengaitkan SM Faisal dengan kes keganasan rumah tangga bersama isteri, Emilia Hanafi.



Caprice dalam satu hantaran Instagram terbaru kemudiannya ada memuat naik hantaran berbaur berang dengan Emilia yang dilaporkan tidak hadir sebagai saksi kes fitnah tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, Caprice turut membalas komen netizen yang bertanyakan mengapa dia memuat naik foto Emilia mengalami lebam seluruh badan di Instagram dengan kapsyen sedemikian rupa.

Baru je settle tadi. Kes lama saya tolong mangsa sebarkan kes dia di media sosial. Selepas post kita viral, dia pun akhirnya dapat settlement tepi. Selepas dia dapat settlement dia..
..dia tak boleh hadir untuk kes pasal video yang cap buat untuk bantu raise awareness for her case.
Difahamkan, Caprice dikehendaki untuk membuat permohonan maaf di Instagram miliknya dalam tempoh 48 jam.

Bukan itu sahaja, di atas ‘kemenangan’ dan penyelesaian kes antara dia dengan SM Faisal, Caprice dikhabarkan ingin memberi sebuah kereta Kia Sportage kepada pengikutnya di Instagram.



Sebagai hadiah penyelesaian kes saman hari ini, saya akan beri kereta percuma yang pernah Cap beli iaitu Kia Sportage, disebabkan Emilia pun tidak boleh hadir sebagai saksi.

Penyanyi Baby Sayang itu juga turut memohon maaf dan berjanji akan terus menjalankan kempen hentikan keganasan rumah tangga di masa akan datang.

Caprice bengang dengan bekas isteri SM Faisal

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker