Siapa pimpin Pakatan Harapan?

KEKALAHAN teruk PH memang mengejutkan. PKR kalah semua kerusi. Orang kuat PKR yang juga Ketua Penerangan parti itu dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pun tewas dalam pertandingan enam penjuru di Paya Rumput. Ada yang kata PH bawa isu nasional ke Melaka sedangkan orang tempatan mahu bakal wakil mereka selesaikan masalah setempat.

Banyak yang kata punca utama penolakan pengundi adalah Tuk Seri Anwar Ibrahim. PH kena mula fikirkan siapa selepas Tuk Seri Anwar.

Kita semua tahu yang memberikan kemenangan pada PH dalam PRU14 adalah Tun mantan Perdana Menteri. PH bergantung pada kekuatan beliau pada masa itu. Tun Mahathirlah yang jadi penggerak utama untuk ubah fikiran rakyat terhadap UMNO dan BN.



Mungkin Tuk Seri Anwar belum ada kekuatan semacam itu. Pimpinan beliau dalam PKR pun banyak dipersoalkan. Sudah banyak kali beliau kecewakan PH dan rakyat Malaysia. Sewaktu Tan Sri Muhyiddin undur diri, semua orang percaya Tuk Seri Anwar ada cukup sokongan. Tapi ternyata tidak begitu. Bukan sekali beliau buat kejutan tentang jumlah sokongan pada beliau, sejak zaman Pak Lah lagi dah berlaku.

Mungkin juga pengundi Melaka hantar mesej pada PH, carilah orang lain. Lagipun mereka dah bagi peluang pada PH tapi PH cakap tak serupa bikin. Oleh sebab itu mereka ajar PKR dan DAP kaw-kaw!

Siapa pimpin Pakatan Harapan?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Gesa i-Citra RM10k , Bandar Malaysia Tukar Jadi Bandar ASEAN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker