Warga emas dipukul kerana tegur penyewa buat bising

Warga emas dipukul kerana tegur penyewa buat bising

Teguran seorang lelaki warga emas kepada penyewanya agar tidak berbuat bising dibalas dengan pukulan menggunakan spanar dalam kejadian di Kampung Pandamaran,Pelabuhan Klang di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian pukul 11 malam, mangsa, Yap Lai Tee, 71, cedera di tangan dipukul suspek berusia 20an yang menyewa sebuah bilik di rumah kayu tersebut.

Menurut Lai Tee, dia sudah lama bersabar dengan perbuatan suspek yang kerap membuat bising pada waktu malam sejak dua bulan lalu.

“Selepas menegurnya, dia bertindak memukul saya dengan spanar hingga menyebabkan kecederaan pada tangan.

“Lelaki yang menyewa bersama beberapa ahli keluarganya itu kemudian melarikan diri dan saya meminta bantuan jiran untuk mendapatkan rawatan di hospital,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Turut hadir, Ketua Biro Aduan Awam MCA Klang, Datuk Tan Bok Koon.

Tambah Lai Tee , dia pernah meminta keluarga berkenaan supaya berpindah namun simpati dengan keadaan mereka dan penyewa juga bertindak membina sebuah stor menyimpan barangan dan pakaian terpakai di luar kawasan rumah tersebut.

“Tidak sangka simpati saya dibalas dengan kejahatan sehingga pernah mengugut mahu membakar rumah ini. Binbang keselamatan, saya kemudiannya telah membuat laporan di Balai Polis Klang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Bok Koon berkata, pihaknya akan memantau keadaan mangsa dan meminta Majlis Perbandaran Klang (MPK) merobohkan binaan stor tersebut yang menyebabkan pembiakan nyamuk di kawasan sekitarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Siasatan menyeluruh masih dijalankan termasuk mempergiatkan usaha mengesan suspek terlibat,” katanya. K Online

Warga emas dipukul kerana tegur penyewa buat bising


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Gadis bertumbuk berebut teman lelaki

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker