Najib Gesa i-Citra RM10k , Bandar Malaysia Tukar Jadi Bandar ASEAN

Oleh Nurul Aisyah

MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa matlamat utama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk memastikan seramai mungkin Rakyat Malaysia mempunyai jumlah simpanan usia tua yang mencukupi, bukan untuk memperkayakan lagi orang kaya yang mempunyai baki simpanan KWSP yang sudah sangat tinggi.

Oleh itu, dalam keadaan kegawatan ekonomi akibat kelemahan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan yang kemudian diburukkan lagi oleh era pemerintahan Perikatan Nasional (PN) yang asyik melaksanakan darurat separuh masak sehingga menyebabkan ramai golongan M40 jatuh miskin dan golongan B40 semakin melarat sehingga terpaksa mengibarkan bendera putih untuk bantuan makanan, memaksa mereka yang mempunyai simpanan dalam KWSP mengeluarkan duit mereka sendiri untuk kesinambungan hidup.



Kita juga tahu bahawa ketika ini, keadaan ekonomi juga masih belum pulih. Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak agar pengeluaran i-Citra RM10,000 diluluskan buat kali terakhir bagi membantu rakyat yang sedang tersepit dari segi ekonomi. Tambahan pula, ini adalah duit mereka sendiri.

Disamping itu juga, DSN mencadangkan agar KWSP menstruktur semula kaedah pembayaran dividen di mana baki simpanan yang lebih rendah akan menerima kadar dividen yang lebih tinggi secara berperingkat. Naikkan semula kadar caruman KWSP majikan bagi mereka yang gaji “basic” RM5k sebulan dan ke bawah.

Bagi memulihkan ekonomi negara, kerajaan perlu menyambung semula projek HSR Kuala Lumpur-Singapura. Disamping memberi impak ekonomi yang sangat besar pada negara dan menaikkan pendapatan ramai, ianya juga akan menghidupkan semula projek Bandar Malaysia.

Menurut DSN Projek HSR ini sebenarnya tidak menggunakan dana kerajaan Malaysia secara terus tetapi ianya melalui projek “financing” kadar faedah yang amat rendah dengan jaminan kedua-dua kerajaan Malaysia dengan Singapura dan akan dibayar balik melalui pendapatan dari projek bagi jangka masa yang panjang.



Selain daripada itu, DSN mengesa agar projek Bandar Malaysia yang dibatalkan kerajaan PN terdahulu diberikan kepada KWSP dan PNB yang sudah terbukti memajukan projek Battersea di England.
Nilai projek Bandar Malaysia hari ini sekitar RM13b (pada tahun 2019, kerajaan PH pernah jual kepentingan 60% projek ini dengan harga RM7.41 bilion) dan mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM140 bilion setelah ianya dimajukan.

Malah DSN juga mencadangkan agar KWSP dan PNB menjenamakan semula projek ini ke Bandar ASEAN dan menawarkan sebahagian projek kepada syarikat-syarikat pelaburan kerajaan Singapura untuk dibangun bersama.

Penglibatan syarikat Singapura mampu menaikkan lagi nilai projek ini sebab mereka akan membawa masuk lebih banyak pelabur dan pembeli memandangkan lokasi projek ini adalah di hujung projek HSR KL-Singapura.

Selain projek Bandar ASEAN ini, kerajaan Malaysia juga perlu beri lebih banyak keutamaan kepada KWSP dan syarikat milik KWSP sekiranya ada projek lain yang lebih menguntungkan.



DSN yakin dengan 4 langkah ini, ekonomi negara mampu dimajukan dan simpanan usia tua pencarum KWSP mampu dipulihkan dalam masa yang singkat.

Dalam bab ekonomi DSN sememangnya sangat hebat. Keperihatinan terhadap rakyat membuatkan beliau sangat peka kepada cara membaik pulih ekonomi rakyat. Beliau benar-benar seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker