5,755 kes baru, kemasukan hospital menurun

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,755 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,602,835.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 3.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Pulau Pinang (+37.6 peratus), Pahang (+24.2 peratus) dan Kelantan (+10.4 peratus).



Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 23) di mana 5,594 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,397)
Kelantan (640)
Johor (569)
Sabah (526)
Kedah (471)
Kuala Lumpur (419)
Pahang (278)
Pulau Pinang (262)
Sarawak (239)
Perak (226)
Terengganu (207)
Negeri Sembilan (139)
Melaka (112)
Putrajaya (71)
Perlis (31)
Labuan (7)

5,755 kes baru, kemasukan hospital menurun




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Lebih mudah duduk di blok kerajaan – ADUN Bemban



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker