Kamu siapa, hentikan perkara karut ini – Anwar

Kamu siapa, hentikan perkara karut ini – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan pembangkang berkempen sehingga mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Sabtu ini, adalah keterlaluan dan perlu dihentikan.

“Saya nak tanya yang sibuk nak halang kita (PH), nak halang Suhaizan (calon PH bagi PRK Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat) menang, nak halang (majoriti) dua per tiga kerajaan, buat apa?



“Ini jadi masalah. Macam disebut tadi, undi orang ini haram… ini apa, kamu siapa?

“Ini saudara kita ‘must put a stop to this nonsense’ (mesti hentikan perkara karut ini). Tak boleh lagi ada begini,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani, di Taman Uda Utama, malam tadi.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; dan Suhaizan.



Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam dilapor meletakkan haram hukumnya untuk mengundi Suhaizan pada PRK Parlimen Pulai.

Muhyiddin dipetik mendakwa tindakan tidak mengundi Suhaizan itu perlu bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan Kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat dalam kesusahan.

“Saya bagi hukum haram. Ada yang esok mencabar saya berhubung hal ini, tanya ikut fatwa mana. Namun tak boleh (undi) kerana situasi yang sudah berlaku sekarang, sudah sembilan bulan berlalu ujian (bagi rakyat) macam soal kenaikan harga barang,” kata Muhyiddin ketika berucap pada Ceramah Perdana PN di Kempas, di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Mohamad ketika berucap pada program sama turut membidas tindakan Muhyiddin berkenaan yang dianggapnya sebagai mula memasuki fahaman takfiri akibat berkawan dengan PAS.



Takfiri merujuk kepada perbuatan mengkafir dan menyesatkan kumpulan yang tidak sealiran pemikiran dengan pihak tertentu.

“Saya tidak sangka Muhyiddin, orang yang saya hormat… saya jarang ‘sentuh’ dia tetapi apabila dia membuat ‘fatwa’ bahawa haram mengundi calon kita (Suhaizan), saya kata inilah akibat berkawan dengan PAS.

“Dia sudah mula masuk fahaman takfiri. Kita kena jaga. Tolonglah masyarakat Malaysia, apa pun perbezaan pandangan, kita jangan ‘cap’ orang ini terkeluar Islam, orang ini ahli syurga, orang ini ahli neraka. Itu Allah SWT yang menentukan,” katanya.



Suhaizan dalam ucapannya pula berkata, tindakan Muhyiddin mengeluarkan ‘fatwa’ itu adalah keterlaluan.

Beliau berkata, penggunaan hukum Islam dengan cara sedemikian dibimbangi akan menjadi permainan politik.

“Saya tiada masalah jika tidak sokong saya. Namun jika menggunakan hukum Allah untuk menghukum haram (mengundi beliau), pada saya itu keterlaluan.

“Jika orang politik boleh menggunakan hukum Islam, hukum haram ini terhadap seteru politik, saya khuatir ia akan menjadi permainan kepada orang lain. Ini amat berbahaya,” katanya. BH

Kamu siapa, hentikan perkara karut ini – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker