Wanita lebih rela menderita kerana utamakan fesyen
WASHINGTON – Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati wanita adalah 12 kali lebih berkemungkinan menderita kerana mementingkan fesyen berbanding lelaki, lapor laman berita Mail Online semalam.
Penemuan itu diterbitkan menerusi jurnal Sex Roles di AS.
Menerusi kajian tersebut, golongan wanita didapati 12 kali ganda lebih berkemungkinan memakai kasut tidak selesa kerana pengaruh fesyen berbanding lelaki.
Wanita juga lebih rela memakai pakaian yang meninggalkan kesan pada kulit sehingga membuatkan mereka hilang tumpuan dan menghalang daripada menarik nafas panjang akibat mementingkan fesyen.
Kajian sama turut mendapati bahawa wanita juga berkemungkinan akan memakai pakaian yang mengganggu rutin mereka kerana memerlukan pemantauan dan penyesuaian berterusan sepanjang hari.
“Saya fikir ada baik dan buruknya tentang ini. Memakai pakaian tidak selesa kadang-kala membuatkan seorang wanita dilihat lebih menarik, profesional dan berkuasa,’’ jelas penulis kajian tersebut, Renee Engeln yang merupakan seorang profesor psikologi di Universiti Northwestern Universiti, AS.
“Ia membantu untuk dilihat sedemikian di tempat kerja. Tetapi jika pakaian anda membataskan keupayaan untuk bergerak, bernafas atau fokus, itu adalah pengorbanan yang tinggi hanya untuk dilihat lebih menarik,’’ tambah beliau. – Agensi
Wanita lebih rela menderita kerana utamakan fesyen
Baca Artikel Menarik:
- Azam ‘sembang’ dulu cakap sokong pemberi maklumat – C4
- Banjir: E-rebat RM500 bantu mangsa banjir beli peralatan elektrik
- Caj RM600 sekali servis, 6 pelajar Afrika melacur ditahan
- Adik guna akaun Azam: Ini bukan akaun Shopee – Fahmi
- Keladi emas 916 sama harga Honda Civic
- Anya kena kecam bercium dengab Reza
- Sharnaaz risau, Emma pula obses
- Ameera Khan dikecam jual kek batik
- Maut Angkara Buat Pusingan U Mengejut
- Khalid jangan sibuk tanah orang
- Wanita letak ikan mati dalam peti surat bekas teman lelaki setiap hari
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.