Pelancongan bertukar tragedi, 21 maut dalam ribut salji di Pakistan

ISLAMABAD, 5 Jamadilakhir 1443H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam kesesakan lalu lintas yang teruk disebabkan oleh berpuluh-puluh ribu pelawat memenuhi sebuah bandar berbukit di Pakistan untuk melihat salji lebat luar biasa, kata pihak berkuasa hari ini.

Polis melaporkan bahawa sekurang-kurangnya enam orang mati beku di dalam kereta mereka, namun tidak jelas sama ada yang lain mati akibat sesak nafas selepas terhidu asap di dalam salji.

Menteri Dalam Negeri, Sheikh Rashid berkata, tentera telah bergerak untuk membersihkan jalan raya dan menyelamatkan ribuan yang masih terperangkap berhampiran Murree, sekitar 70 kilometer (45 batu) timur laut ibu negara, Islamabad.



Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan kereta penuh sesak, dengan timbunan salji setinggi satu meter (tiga kaki) di atas bumbung kenderaan mereka.

“Orang ramai menghadapi situasi yang mengerikan,” kata seorang pelancong yang terperangkap, Usman Abbasi kepada AFP melalui panggilan telefon.

Selama beberapa hari, media sosial Pakistan penuh dengan gambar dan video orang bermain salji di sekitar Murree, sebuah bandar peranginan indah yang dibina oleh British pada abad ke-19 sebagai sanatorium untuk tentera penjajahnya.

Pejabat Ketua Menteri Wilayah Punjab memaklumkan, Murree telah diisytiharkan sebagai ‘kawasan bencana’ dan menggesa orang ramai menjauhkan diri.



Sementara itu, Perdana Menteri, Imran Khan berkata, beliau terkejut dan kecewa dengan tragedi itu.

“Salji yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan orang ramai tergesa-gesa meneruskan perjalanan tanpa memeriksa keadaan cuaca menyebabkan pentadbir daerah tidak bersedia.

“Kami telah mengarahkan siasatan dan meletakkan peraturan yang ketat untuk memastikan pencegahan tragedi sedemikian,” katanya. 

Pihak berkuasa memberi amaran pada hujung minggu lalu bahawa terlalu banyak kenderaan cuba memasuki Murree, tetapi amaran itu gagal menghalang gerombolan pelancong dari ibu negara untuk datang ke bandar.



“Bukan sahaja pelancong, tetapi penduduk tempatan juga menghadapi masalah yang teruk,” kata pelancong, Abbasi kepada AFP.

Beliau berkata, hotel-hotel di bandar itu kehabisan makanan, dan perkhidmatan telefon mudah alih mengalami gangguan. – Agensi

Pelancongan bertukar tragedi, 21 maut dalam ribut salji di Pakistan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker