Wanita lebih rela menderita kerana utamakan fesyen

Sebaran :

WASHINGTON – Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) mendapati wanita adalah 12 kali lebih berkemungkinan menderita kerana mementingkan fesyen berbanding lelaki, lapor laman berita Mail Online semalam.

Penemuan itu diterbitkan menerusi jurnal Sex Roles di AS.

Menerusi kajian tersebut, golongan wanita didapati 12 kali ganda lebih berkemungkinan memakai kasut tidak selesa kerana pengaruh fesyen berbanding lelaki.

Wanita juga lebih rela memakai pakaian yang meninggalkan kesan pada kulit sehingga membuatkan mereka hilang tumpuan dan menghalang daripada menarik nafas panjang akibat mementingkan fesyen.



Kajian sama turut mendapati bahawa wanita juga berkemungkinan akan memakai pakaian yang mengganggu rutin mereka kerana memerlukan pemantauan dan penyesuaian berterusan sepanjang hari.

“Saya fikir ada baik dan buruknya tentang ini. Memakai pakaian tidak selesa kadang-kala membuatkan seorang wanita dilihat lebih menarik, profesional dan berkuasa,’’ jelas penulis kajian tersebut, Renee Engeln yang merupakan seorang profesor psikologi di Universiti Northwestern Universiti,  AS.

“Ia membantu untuk dilihat sedemikian di tempat kerja. Tetapi jika pakaian anda membataskan keupayaan untuk bergerak, bernafas atau fokus, itu adalah pengorbanan yang tinggi hanya untuk dilihat lebih menarik,’’ tambah beliau. – Agensi

Wanita lebih rela menderita kerana utamakan fesyen




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.