Gadis terkejut pakaian dijahit sedondon macam boria

Sebaran :

TANGKAP layar menunjukkan gadis itu memakai kain serupa dengan sekumpulan wanita pada sebuah majlis. – TikTok

JAKARTA – Seorang gadis yang menghadiri sebuah majlis rasmi dengan memakai pakaian dijahit sendiri terkejut mendapati ia sedondon dengan pakaian sekumpulan wanita, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video itu dimuat naik ke akaun TikTok bernama @hi.me.assyiffa.

Gadis itu dilihat berkeyakinan ketika menghadiri sebuah majlis dengan memakai pakaian yang dijahitnya sendiri.

Kain bercorak itu dijahit menjadi blazer dan dipakai bersama seluar berwarna hitam.



Setibanya ke majlis tersebut, dia terkejut melihat sekumpulan wanita Pembinaan Kesejahteraan Keluarga (PKK) turut memakai baju dengan corak dan kain yang serupa.

Gadis itu malah mengelak daripada berada berdekatan dengan mereka.

Netizen mula membanjiri ruangan komen.

“Duduk lah sekali dengan mereka kak,” tulis seorang netizen. – Agensi



Gadis terkejut pakaian dijahit sedondon macam boria


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.