Semua 6 ahli LPPR nafi sependapat dengan Abu Zahar

Semua 6 ahli LPPR nafi sependapat dengan Abu Zahar

Enam anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menyangkal pendirian yang dizahirkan pengerusi lembaga itu, Abu Zahar Ujang, berhubung kontroversi pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Sebaliknya kata mereka, kenyataan Abu Zahar dalam sidang media pada Selasa itu adalah sepenuhnya pendirian peribadi bekas presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dan ketua Umno Bahagian Kuala Pilah berkenaan.

“Dia (Abu Zahar) juga berkata tidak ada jenayah yang dilakukan atau konflik kepentingan dalam hal tersebut.

“Kami dengan terang ingin menyatakan bahawa ahli-ahli lembaga pada mesyuarat itu atau pada bila-bila masa selepasnya tidak menzahirkan pendirian sedemikian seperti yang dizahirkan Abu Zahar.

“Kami ingin menyatakan bahawa kenyataan berkenaan adalah sepenuhnya pandangan peribadi Abu Zahar,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bersama oleh semua ahli LPPR kecuali Abu Zahar, iaitu Ismail Omar, Azman Ujang, Akhbar Satar, Hamzah Kassim, David Chua Kok Tee dan Mohammad Agus Yusoff.

Mereka merujuk kenyataan Abu Zahar kelmarin bahawa selepas satu perbincangan panjang susulan pertemuan dengan Azam pada 24 Nov, LPPR berpuas hati dengan penjelasan Azam yang dia tidak mempunyai manfaat kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham itu.

Beri penjelasan demi integriti

Kata mereka lagi, sebelum sidang pada 5 Jan itu, ahli lembaga ada mengadakan perbincangan berasingan dengan Abu Zahar.

Dalam perbincangan itu kata mereka, dicadangkan agar hal berkenaan dirujuk sama ada kepada satu jawatankuasa bebas; Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) tentang rasuah; atau panel Jawatankuasa Aduan SPRM.

“Bagaimanapun, pandangan dan cadangan kami tidak dibangkitkan Abu Zahar dalam sidang media berkenaan.

“LPPR tidak mempunyai kuasa penyiasatan memandangkan ia ditubuhkan sebagai lembaga penasihat.

“Kami perlu memberikan penjelasan ini bagi menjaga integriti lembaga dan institusi,” kata mereka lagi.

Azam dilanda kontroversi hebat berhubung dakwaan pemilikan saham di dua syarikat pada 2015. Ia mengundang gesaan agar siasatan dilakukan Azam direhatkan daripada jawatan ketua tertinggi agensi pencegahan rasuah negara.

Azam dalam sidang media berkenaan berkata yang dia telah memaklumkan LPPR bahawa akaun perdagangan miliknya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham tersebut, dan Abu Zahar pula mendakwa LPPR berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

Saham itu telah dipindahkan kepada adiknya, Nasir.

Semua 6 ahli LPPR nafi sependapat dengan Abu Zahar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker