Isu kolam takungan: SPRM beri DBKL 3 minggu lantik juruukur bebas, lengkap laporan

Sebaran :

Isu kolam takungan: SPRM beri DBKL 3 minggu lantik juruukur bebas, lengkap laporan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melantik juruukur bebas dan mengemukakan laporan lengkap berkaitan tapak projek pembangunan di kolam takungan di Taman Wahyu, Kepong.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata DBKL diberi tempoh tiga minggu untuk membuat pelantikan dan mengemukakan laporan lengkap itu.

“Ia adalah untuk melihat sama ada pembangunan yang sedang dibina dilakukan di dalam kawasan seperti yang diluluskan dalam pelan pembangunan.



“Kita harap laporan ini akan disiapkan segera untuk SPRM melengkapkan siasatan dan jika terdapat sebarang pelanggaran undang-undang tindakan sewajarnya akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di tapak projek pembangunan di kolam takungan di Taman Wahyu, Kepong di sini hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Che Ngah.

Azam berkata, siasatan awal SPRM mendapati tiada mana-mana dari enam kolam takungan di sekitar ibu negara ditukar status untuk projek pembangunan telah ditambak.

“Hanya kolam takungan di Taman Wahyu ini mendapat kelulusan untuk pembangunan dan DBKL belum menerima apa-apa permohonan untuk pembangunan di lima lagi kawasan kolam takungan,” katanya.



Terdahulu Bernama melaporkan SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan enam kolam takungan banjir ditukar status untuk projek pembangunan.

Azam dilapor berkata, SPRM akan menyiasat melibatkan pelbagai aspek termasuk unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh menggesa SPRM agar mengambil tindakan segera berhubung dakwaan itu yang bertentangan dengan matlamat sebenar keperluan kolam berkenaan. FMT

Isu kolam takungan: SPRM beri DBKL 3 minggu lantik juruukur bebas, lengkap laporan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *