Apa jadi kes Puteri Sarah, Ira Kazar?

Apa jadi kes Puteri Sarah, Ira Kazar?

“Saya tak tahu dan masih menunggu apa hasil siasatan pihak Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan).”

Demikian kata pelakon Puteri Sarah ketika ditanya mengenai perkembangan aduan yang sudah dibuatnya di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah terhadap wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Puteri Sarah, 37, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia berharap Jawi dapat berkongsi dan memberikan maklum balas agar segala persoalan terjawab.

“Sehingga sekarang saya pun masih tak tahu apa status dan perkembangan aduan saya itu. Ini kerana pihak Jawi sendiri tidak memberikan sebarang maklum balas. Cuma, apa saya tahu mereka sudah memanggil wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Selepas itu senyap dah.

“Sebenarnya ini bukan kali pertama orang bertanya mengenai perkara ini. Saya pun tak tahu nak jawab apa, sebab yang menjalankan kerja adalah mereka. Sebagai pengadu saya hanya boleh tunggu dan lihat.

“Cuma, apabila fikir balik, rasanya sudah agak lama kes ini disiasat, jadi saya tertanya-tanya juga apa sudah jadi? Sudah ada keputusan belum? Atau macam mana?” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Puteri Sarah, dia sedia membawa perkara itu ke peringkat atasan dan lebih tinggi jika tidak ada sebarang tindakan lanjut.

“Kalau masih tidak ada jawapan lagi saya nak tuntut keadilan dengan membawa kes ni ke pihak lebih tinggi seperti kementerian berkaitan. Saya akan terus berjuang. Sebab yakin, saya dipihak benar,” katanya.

Terdahulu, pada 18 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar dipanggil ke pejabat Jawi.

Difahamkan, ia bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu.

Kemudian, akhbar ini pada 20 Ogos lalu melaporkan Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga.

Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Ia berkaitan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan. HM

Apa jadi kes Puteri Sarah, Ira Kazar?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker