NASA temui planet bersaiz tiga kali ganda daripada Musytari

NASA temui planet bersaiz tiga kali ganda daripada Musytari

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dilaporkan menemui sebuah planet baharu bersaiz tiga kali ganda lebih besar daripada Musytari, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Planet itu dinamakan TOI-2180 b setelah ditemui oleh seorang saintis negara, Tom Jacobs menggunakan data yang dikumpul oleh Satelit Transiting Exoplanet Survey (TESS) milik NASA.



Gergasi gas itu mengorbit bintangnya hanya dalam tempoh 261 hari berbanding Musytari yang mengambil sekitar 12 tahun mengikut masa Bumi untuk mengelilingi Matahari.

Penemuan itu dilaporkan menerusi Jurnal Astronomi.

Jacobs membuat penemuan itu ketika menjalankan inisiatif Pemburu Planet dengan melihat data yang dikumpul.

Beliau melihat sesuatu yang asing pada Februari 2020 sebelum disahkan oleh dua saintis lain.



“Menemui dan mendokumentasikan penemuan planet TOI-2180 b menunjukkan bahawa kumpulan ahli professional dan saintis negara boleh bekerjasama dengan jayanya.

“Ia adalah sinergi yang baik,’’ jelas beliau.

Para saintis mengatakan bahawa planet itu berkedudukan sekitar 379 tahun cahaya dari Bumi dan mempunyai kira-kira 105 unsur Bumi yang lebih berat daripada hidrogen dan helium. K Online

NASA temui planet bersaiz tiga kali ganda daripada Musytari




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna



Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker