24 jam terkandas bawah suhu paras beku
WASHINGTON – Ribut salji sudah berakhir tetapi penderitaan pengguna jalan raya berterusan dengan ramai pemandu di lebuh raya utama di luar Washington melaporkan kelmarin bahawa mereka terperangkap di dalam kereta masing-masing dalam cuaca sejuk beku selama 24 jam atau lebih lama.
Ketika ramai keluarga dalam perjalanan pulang selepas cuti Tahun Baru, Lebuh Raya I-95 di Virginia berada dalam keadaan berais dan licin dengan banyak kenderaan hampir kehabisan minyak, manakala bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba.
Rakaman dari udara menunjukkan deretan kereta dan lori bampar ke bampar yang seharian terkandas di lebuh raya tersebut. I-95 terkenal dengan kesesakan lalu lintas walaupun ketika cuaca baik.
Salah seorang pengguna jalan raya yang kecewa adalah senator dari Virginia, Tim Kaine. Beliau terkandas semasa memandu pulang dari negerinya menuju ke Washington. Lebuh raya rentas negeri itu dilitupi salji dengan sejumlah kenderaan terbabas sebelum laluan itu ditutup selepas ribut salji pada Isnin lalu.
“Saya mulakan pemanduan biasa selama dua jam menuju ke Washington pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) kelmarin (Isnin lepas). 19 jam kemudian, saya masih belum sampai ke Bangunan Capitol,” kata Kaine menerusi Twitter pagi kelmarin.
“Terkini: Saya berada di jalan raya selama 27 jam,” katanya sebelum menyatakan di laman Twitter bahawa beliau akhirnya sampa ke destinasi yang dituju.
Seorang wartawan berpangkalan di Florida, Jim DeFede pula menyatakan di Twitter bahawa dia terkandas lebih 20 jam.
“Saya tidak pasti tetapi saya rasa ini melayakkan saya menjadi warga Virginia,” katanya secara berseloroh.
Menurutnya, Lebuh Raya I-95 ketika itu ibarat tempat letak kereta berais, manakala suhu di luar pula mencecah -7 darjah Celsius. Kata DeFede, dia tidak melihat kelibat peronda lebuh raya atau trak tunda selama lebih 12 jam.
“Saya menghidupkan enjin dan sistem pemanas selama sejam untuk memanaskan badan dan mematikannya semula. Saya melakukan perkara ini berulang kali hingga minyak kereta saya hampir habis,” kata lelaki itu.
Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Virginia melaporkan bahawa tiada mangsa masih terperangkap di I-95 setakat pukul 6 petang (waktu tempatan) kelmarin. – AFP
24 jam terkandas bawah suhu paras beku
Baca Artikel Menarik:
- Long Tiger JR seronok kira duit
- Sajat buka bisnes di Australia, tawar peluang pekerjaan
- Irwansyah ditipu adik sendiri, kerugian RM1.5 juta
- MN adalah tanda kesyukuran kepada Allah – Nik Abduh
- Azmin Ali jadi TPM seterusnya?
- Jangan terkejut jika PAS tinggalkan Bersatu
- Ketua Penerangan Armada disekolahkan kerana kritik Shahril Hamdan
- Muda menghormati hak mereka (minum bir) – Syed Saddiq
- Derma RM5 Kena Ludah – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Berhadapan Pengemis Rohingya (Video)
- KWSP i-Citra: Beri rakyat buat pilihan – Najib
- Former Teacher Shocked To See Siew Pui Yi’s Nudes On Penthouse
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)
LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham