Netizen Kenya meroyan KFC kehabisan jejari kentang

NAIROBI, Kenya – Gergasi rangkaian makanan segera Amerika Syarikat, KFC mencetuskan kemarahan  netizen di Kenya selepas ia kehabisan  jejari kentang dengan pengguna Ttempatan Twitter mengugut akan melancarkan boikot kerana rangkaian restoran berkenaan tidak menggunakan ubi kentang tempatan.

“Anda agak berlebihan menyukai jejari kentang kami dan kami kehabisan bekalan. Maaf!,” kata KFC dalam satu kenyataan menerusi Twitter minggu ini.

Bos francais itu di rantau Afrika Timur,  Jacques Theunissen berkata, KFC menjadi mangsa terbaharu gangguan perkapalan global yang berpunca daripada pandemik Covid-19.



“Masalah ini berpunca daripada gangguan perkapalan akibat situasi Covid-19,” katanya kepada akhbar tempatan. Business Daily.

Menurutnya, KFC berharap masalah kekurangan bekalan itu akan selesai dengan ketibaan kontena sarat dengan ubi kentang pada minggu ini.

Bagaimanapun, pengakuan Theunissen bahawa restoran berkenaan tidak menggunakan ubi kentang yang ditanam petani tempatan mengundang gelombang bantahan di Twitter.

Francais ayam goreng itu memasuki pasaran Kenya pada 2011 dan kini mempunyai sebanyak 35 restoran di seluruh rantau Afrika Timur.



Sementara itu, dalam kenyataannya semalam, KFC menyatakan bahawa pihaknya memulakan rancangan untuk mendapatkan bekalan ubi kentang daripada petani Kenya. – AFP

Netizen Kenya meroyan KFC kehabisan jejari kentang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker