Bekas pemain bola sepak kebangsaan meninggal dunia
Bekas pemain bola sepak kebangsaan meninggal dunia
ARENA bola sepak Kelantan dan kebangsaan kehilangan sebutir permata apabila Abdul Hamid Ramli, 69, meninggal dunia pada Rabu.
Bekas pemain Kelantan dan kebangsaan era 70 dan 80-an yang beraksi di posisi penjaga gol itu meninggal dunia pada jam 3.24 pagi.
Menurut anaknya, Mohd Zaki Abdul Hamid, ayahnya meninggal dunia di rumah di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian akibat serangan jantung selepas mengalami sesak nafas.
“Ayah tidak menunjukkan sebarang perubahan atau tingkah laku pelik, tetapi dia sempat mewakafkan naskhah al-Quran untuk adik-beradiknya,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Menurut Mohd Zaki, jenazah ayahnya itu akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Chat pada jam 11 pagi.
Sepanjang karier bersama pasukan kebangsaan, Abdul Hamid pernah membantu negara menjuarai Pestabola Merdeka pada tahun 1976 dan 1979.
Abdul Hamid juga pernah bergelar sebagai jurulatih penjaga gol kepada beberapa pasukan terkemuka negara seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Terengganu City FC, Kelantan United dan beberapa lagi pasukan. Sinar
Bekas pemain bola sepak kebangsaan meninggal dunia
Baca Artikel Menarik :
- Kedai Percuma Pak Nil bantu mangsa banjir
- Kabinet 2022: Siapa Timbalan Perdana Menteri?
- Rider e-dagang mogok, dakwa kontrak baharu tidak adil
- Isteri kantoi curang 3 kali, suami lafaz talak depan anak
- Long Tiger Junior semakin ramai
- Ketegangan dalam Umno ekoran langkah kerajaan sekat pengeluaran KWSP
- Azlee Senario sebak, bagaikan tsunami saya melihatnya
- Mokhtar Senik dakwa ada arahan larang jemputnya
- Kes Mayat Reput: Tatu Bunga Mawar Warna Hitam Pada Punggung Mayat
- Al-kisah kambing dan PAS
- Emma Watson bersolidariti bersama Palestin
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat