Bella Astillah ‘Panas Hati’ Bila Suami Dikritik Netizen Syak Aliff Aziz Anak Emas Astro [VIDEO]

Bella Astillah ‘Panas Hati’ Bila Suami Dikritik Netizen Syak Aliff Aziz Anak Emas Astro

DITUDUH sebagai peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) kegemaran Astro kerana sering mendapat lagu yang mudah, penyanyi Aliff Aziz menegaskan dia tidak mempunyai hak dalam pemilihan lagu.

Malah, Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz menjelaskan semua peserta hanya menjalankan tugasan seperti yang diberikan pihak produksi.

Sama seperti peserta lain, penyanyi berusia 30 tahun ini juga pernah diberikan lagu di luar keselesaannya.

Status yang dimuat naik Bella.

“Lagu-lagu yang saya dan semua peserta GV nyanyikan setiap minggu merupakan tugasan yang diberikan oleh pihak produksi. Mungkin ada yang berfikir kenapa bagi lagu macam itu.

“Tapi kalau tengok balik minggu ketiga di mana saya dapat lagu Jinbara yang memang bukan genre saya. Sampaikan Datuk Shafinaz pun minta saya berhati-hati.

“Minggu kelima juga saya dapat lagu yang bukan genre saya. Tapi saya faham dan menghormati semua yang beri pandangan.

“Cuma kalau kita lihat semula draf, ada waktu lagu susah bukan saya seorang tapi semua peserta,” kata Aliff kepada mStar.

Terdahulu, isteri kepada Aliff iaitu aktres Bella Astilla berang apabila terdapat segelintir pihak menuduh suaminya sebagai peserta kegemaran Astro.

Bella menerusi status yang dimuat naik di Twitter berkata suaminya sepatutnya diberikan lagu yang lebih hebat jika benarbenar menjadi kesukaan produksi.

“Kepada yang tak suka Aliff itu, korang nak macam mana sebenarnya? Selalu cakap Aliff ni kegemaran Astro.

“Sebab tu dapat lagu senang? Hey come on, sepatutnya kita yang rasa risau sebab ada beberapa peserta dapat lagu menarik.

“Kalau Aliff ni kegemaran, patutnya Aliff dapat lagu hebat kan?” tulisnya.

Selain Aliff, tujuh lagi peserta masih bersaing di pentas GV8 iaitu Ani Maiyuni, Nikki Palikat, Adibah Noor, Azan Scan, Shidee, Sa.YA dan Suki Low.

GV8 menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse selaku pengacara manakala Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Shafinaz Selamat sebagai juri tetap.-mSTAR

Bella Astillah ‘Panas Hati’ Bila Suami Dikritik Netizen Syak Aliff Aziz Anak Emas Astro [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker