Program solat hajat dan Munajat Perdana dihadiri Perdana Menteri
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama kira-kira 1,000 jemaah menghadiri Program Solat Hajat dan Munajat Perdana bagi mendoakan kesejahteraan Malaysia sempena Tahun Baharu 2022 di Masjid Putrajaya di sini pada petang Jumaat.
Ismail Sabri yang berbaju Melayu putih hadir diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad dan beberapa menteri kabinet serta pegawai kerajaan tiba di perkarangan masjid itu kira-kira jam 7 malam.
Program dimulakan dengan sembahyang Maghrib diikuti solat hajat dan zikir munajat serta doa yang diketuai Imam Besar Masjid Putra, Ustaz Salahuddin Ghozali.
Difahamkan Sambutan Tahun Baharu 2022 dibatalkan dan digantikan dengan solat hajat serta doa selamat sebagai tanda menghormati serta bersimpati terhadap mangsa banjir yang melanda di beberapa negeri di Malaysia.
Sebelum ini, Ismail menerusi catatan di Facebook miliknya meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia supaya menganjurkan solat hajat berkenaan.
Perdana Menteri turut menyarankan masjid di seluruh negara terutamanya masjid negeri agar menganjurkan majlis sama manakala Keluarga Malaysia yang bukan beragama Islam boleh melakukan sembahyang mengikut kepercayaan dan agama masing-masing
Beliau berharap segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan dan Malaysia akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.
Program solat hajat dan Munajat Perdana dihadiri Perdana Menteri
Baca Artikel Menarik:
- Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
- Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
- Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
- Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
- Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
- Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
- Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
- Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
- Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
- Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
- Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ini nasihat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kepada SPRM