Ini nasihat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kepada SPRM

SHAH ALAM – Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki untuk meminta penjelasan berhubung isu yang terpalit dengannya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Pengerusi LPPR SPRM, Tan Sri Abu Zahar Ujang perlu memanggil Azam untuk mendapatkan penjelasan terperinci.

“Isu yang didakwa berlaku ini boleh diselesaikan secara dalaman oleh SPRM sendiri. Abu Zahar boleh memanggil Azam untuk mendapatkan penjelasan terperinci mengenai dakwaan yang dikaitkan dengan beliau.

“Kalau didapati ada apa-apa perkara yang tidak mengikut peraturan, barulah boleh diambil tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang pihak yang seharusnya menjalankan siasatan terlebih dahulu dalam isu itu sama ada polis atau SPRM kerana wujud dakwaan bahawa suruhanjaya itu tidak mahu menyiasat ketua mereka.

Pada Selasa lalu, pakar ekonomi, Profesor Dr Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan sebagai Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM selepas panel tersebut didakwa gagal membincangkan laporan kritikal membabitkan pegawai tinggi SPRM.

Maruah SPRM tercemar kerana terpalit imej buruk

Dr Gomez dalam surat peletakan jawatannya kepada Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Tan Sri Borhan Dolah yang tular di media sosial berkata, keputusan itu dibuat kerana timbul persoalan mengenai ‘hubungan antara perniagaan dan pihak berkuasa’ dan situasi konflik kepentingan membabitkan pegawai tinggi SPRM.

Mengulas lanjut, Musa menjelaskan, peletakan jawatan Dr Gomez itu dibuat kerana Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM tidak membincangkan perkara yang dibangkitkan beliau.

“Jadi perlu dipanggil Azam sahaja untuk minta penjelasan beliau berhubung dakwaan ke atasnya,” ujarnya.

Beliau berkata, soal pemilikan saham oleh penjawat awam bukanlah satu konflik kepentingan kerana sesiapa juga boleh membeli saham.

Mengenai dakwaan, keluarga Azam menjalankan perniagaan, Musa menegaskan perkara itu tidak ada kaitan dengan Azam.

Ini nasihat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kepada SPRM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tubuh jawatankuasa Parlimen siasat Azam Baki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker