Maruah SPRM tercemar kerana terpalit imej buruk

SHAH ALAM – Tindakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki yang mendiamkan diri sehingga hari ini hanya akan memberi gambaran buruk kepada institusi tersebut.

Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham berkata, mereka seharusnya mengeluarkan kenyataan walaupun sekadar akan menjalankan siasatan terperinci.

“SPRM merupakan sebuah institusi penting memerangi rasuah dalam negara dan mereka sepatutnya berada di hadapan membantu membasmi jenayah itu di muka bumi Malaysia.

“Jika ada spekulasi buruk terhadap institusi ini, maka mereka akan hilang kepercayaan rakyat dan kewibawaannya akan tercalar,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, pakar ekonomi, Profesor Dr Edmund Terence Gomez meletak jawatan sebagai ahli panel perundingan SPRM selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai-pegawai tinggi dalam suruhanjaya berkenaan.

Dr Gomez dalam surat letak jawatannya yang tular di media sosial berkata, timbul persoalan mengenai ‘hubungan antara perniagaan dan pihak penguat kuasa’ dan situasi ‘konflik kepentingan’ membabitkan pegawai tinggi SPRM serta dakwaan bahawa pegawai itu memiliki saham.

Mengulas lanjut, Badlishah berkata, dakwaan itu perlu disiasat dengan segera dan dimaklumkan dapatan tersebut kepada rakyat.

“SPRM perlu mengendalikan isu ini dengan baik dan mereka seharusnya tidak boleh duduk diam kerana ia akan menguatkan spekulasi dan persepsi buruk terhadap institusi ini.

“SPRM mesti dilihat bersih, oleh itu dia kena keluarkan kenyataan, buat siasatan kalau dibuktikan memang tidak benar pendakwaan tersebut maka tidak benarlah.

“Tetapi sekiranya dibuktikan ada kebenaran dalam pendakwaan tersebut maka tindakan selanjutnya perlu dibersihkan oleh SPRM,” ujarnya.

Jelas beliau, segala dapatan yang dilakukan perlu dimaklumkan kepada rakyat supaya mereka mengetahui dan kembali percaya kepada SPRM yang merupakan badan bebas rasuah.

Maruah SPRM tercemar kerana terpalit imej buruk


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tiada tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker