Ingat 2 Rupanya 4 Terus, Isteri Pertama Minta Suami Carikan Seorang Madu Sebagai Peneman [VIDEO]

Ingat 2 Rupanya 4 Terus, Isteri Pertama Minta Suami Carikan Seorang Madu Sebagai Peneman [VIDEO]

POLIGAMI merupakan antara perkataan yang paling digeruni dan amat sensitif terutama sekali buat golongan wanita.

Realitinya, seandainya barang pun kadangkala kita tidak gemar untuk berkongsi, apatah lagi apabila ia melibatkan seorang suami.

Namun berbeza dengan wanita ini yang memiliki bukan satu tapi tiga orang madu

Bercakap kepada mStar, wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi, 31, ini mengakui, walaupun terkesan, sikap tolak ansur dalam berumah tangga itu penting demi menjamin kebahagiaan mereka.

“Perasaan tu tak dapat dinafikanlah, memang tak ada yang sanggup nak bermadu tapi masing-masing dapat bertolak ansur demi kebahagiaan dan business masing-masing.

“Yang penting suami kena berlaku adil dan kasih sayang juga perlu sama rata,” katanya.

Mimi (kiri sekali) merupakan isteri pertama.

Mimi yang merupakan isteri pertama berkata, kesunyian yang dirasai setiap kali suaminya bertugas di luar kawasan menyebabkan dia meminta suaminya itu untuk mencarikannya madu.

VIDEO DIBAWAH:-

“Saya yang suruh suami cari madu sebab saya nak ada teman dan yang paling penting wife kedua sebenarnya adalah BFF (best friend forever) saya pada asalnya.

“Lelaki jarang nak lepaskan peluang macam ni kan, tapi ada la syarat yang tertentu,” katanya, namun bagaimanapun tidak ingin berkongsi antara syarat yang ditetapkan kerana terlalu peribadi.

Terdahulu, perkongsian Mimi yang turut sama dalam majlis pernikahan madunya yang keempat tular di laman TikTok

Menurut Mimi, perkahwinan keempat suaminya itu yang berlangsung pada 21 Disember lalu mendapat restu daripada ketiga tiga ‘isteri tua’.

“Bila dia beritahu nak kahwin yang kedua dan lain-lain saya boleh terima sebab saya bersetuju, saya tak kisah pasal bermadu asalkan dia adil, tak curang dan kalau dia mampu tak salah.

“Jadikan madu-madu ni sebagai kawan atau adik beradik baru la dapat rasa kemanisan madu tu,” katanya sambil menambah bahawa keempat-empat mereka berasal dari Kelatan, dan menetap di rumah yang berbeza.

Selain Mimi, suaminya, seorang kontraktor yang hanya ingin dikenali sebagai Wary, turut berkahwin dengan Rina, 26, Anis, 25 dan Tiha, 25.

Kesemua mereka menjalankan perniagaan yang berbeza secara kecil-kecilan.

Menurut Mimi yang berkahwin pada tahun 2014, mereka kini mempunyai dua orang cahaya mata, iaitu anak perempuannya yang kini berusia tujuh tahun serta seorang lagi anak lelaki berusia empat tahun, hasil perkahwinan Wary dengan dengan isteri keduanya.-mSTAR

Ingat 2 Rupanya 4 Terus, Isteri Pertama Minta Suami Carikan Seorang Madu Sebagai Peneman [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker