Penjaga masjid mirip Cristiano Ronaldo

Penjaga masjid mirip Cristiano Ronaldo

JAKARTA – Seorang penjaga masjid dari Jambi menjadi sensasi internet kerana memiliki wajah mirip bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo, lapor portal Wolipop kelmarin.

Agus Habibi Dalimunthe, 22, mula mendapat perhatian netizen selepas satu klip video memaparkan dirinya sedang tersenyum dimuat naik oleh rakannya di laman TikTok.

Netizen yang menonton video tersebut berkata, wajah Agus Habibi mirip pemain kelab Manchester United itu.

“Ronaldo dalam versi halal,” kata seorang netizen.

“Ini ternyata seperti Ronaldo sebenar,” kata seorang lagi.

Sementara itu, Agus Habibi dalam kenyataannya kepada Wolipop berkata, individu yang merakam video dirinya merupakan rakannya, selain turut mengaku bahawa dia sering dikaitkan dengan wajah pemain sensasi tersebut.
“Ramai kenalan memberitahu perkara sama kepada saya (wajah mirip Ronaldo) sejak di bangku sekolah menengah lagi.

“Mereka berpendapat bahawa senyuman saya kelihatan sama dengan Ronaldo,” katanya yang turut mengagumi pemain bola sepak tersebut.

Agus Habibi merupakan seorang pelajar institusi pengajian tinggi di Jambi dan menetap di masjid dengan menjadi penjaga masjid. K Online

Penjaga masjid mirip Cristiano Ronaldo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker