Kos Tukar Bateri Lebih Dari RM90K, Pemilik Tesla Ini Ambil Keputusan Untuk Letupkan Kereta (Video)

Kos Tukar Bateri Lebih Dari RM90K, Pemilik Tesla Ini Ambil Keputusan Untuk Letupkan Kereta (Video)

Tesla ialah sebuah jenama kereta yang terkenal dengan produk kereta elektrik bersama ciri pintarnya. Bukan sahaja disebabkan ciri pintarnya, jenama ini juga dikenali ramai kerana pemiliknya, Elon Musk yang sering dijulang sebagai salah seorang genius terpenting zaman ini.

Kereta elektrik memerlukan kuasa bateri yang jauh lebih besar daripada kereta biasa yang menggunakan petrol. Kos untuk menukar bateri kereta sebegini memerlukan kos yang sangat tinggi memandangankan ia adalah nadi pada kereta.

Terbaru, pemilik pada Tesla Model S keluaran 2013 telah membulatkan hati untuk meletupkan keretanya. Tuomas Katainen berkata 1500km pertama bersama Tesla Model S tersebut adalah sangat baik namun kemudian dia menerima kod error yang memaksanya meninggalkan keretanya di bengkel selama sebulan.

Bengkel tersebut kemudian menghubunginya untuk memberitahu tidak apa-apa yang boleh dilakukan untuk membaiki kereta tersebut melainkan menukar keseluruhan unit sel bateri dan ia mengambil kos sehingga $22,600 (~RM95,000).

Dengan bantuan pemilik saluran YouTube, Pommijätkät, mereka melekatkan 30kg dinamit pada kereta tersebut di kawasan bekas lombong kuari yang dipenuhi salji dikenali sebagai Jaala di Finland. Selesai diletupkan, sisa yang didapati mereka hanyalah sebahagian kecil daripada rangka kereta bersama tayar dan rim.

Bangga dengan pencapaian mereka, Tuomas dengan wajah yang ceria mengakui bahawa meletupkan kereta Tesla-nya adalah lebih menyeronokkan berbanding memandunya. Tuomas tidak meminta bantuan kewangan untuk meletupkan keretanya walaupun banyak orang ingin menyumbang.

Kos Tukar Bateri Lebih Dari RM90K, Pemilik Tesla Ini Ambil Keputusan Untuk Letupkan Kereta (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker