Serang pendaftar mahkamah, tahanan direman 2 hari

Serang pendaftar mahkamah, tahanan direman 2 hari

Seorang suspek kes rompak yang dikenakan perintah reman dua hari oleh pendaftar Mahkamah Majistret melompat dari bangku tempat duduknya dan cuba mencekik leher wanita itu hari ini.

Menurut sumber mahkamah, anggota polis dan pegawai mahkamah yang hadir terperanjat dengan serangan mengejut terhadap pendaftar, Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib yang memangku tugas majistret berikutan cuti hujung minggu di Johor.

“Kekecohan berlaku tetapi anggota polis berjaya mengawal suspek berusia 30 tahun dan membebaskan pendaftar dalam masa beberapa minit,” katanya.

Sumber itu berkata, pendaftar itu tidak cedera tetapi jelas terkejut dengan serangan yang tidak dijangka itu.

“Bagaimanapun, beliau tidak menangguhkan prosiding reman sebaliknya terus mendengar permohonan lain kerana terdapat banyak kes. Beliau mendengar 53 kes reman hari ini.”

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Selatan Lim Jit Huey dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pada jam 11.20 pagi ketika prosiding reman.

“Anggota polis berjaya mengawal keadaan. Pendaftar tidak cedera. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.

“Hukuman maksimum ialah penjara dua tahun atau denda RM10,000,” katanya. FMT

Serang pendaftar mahkamah, tahanan direman 2 hari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker