Alhamdulillah! Yantzen Ucapkan Rasa Syukur Akhirnya Sudah Pulang Ke Rumah

Alhamdulillah! Yantzen Ucapkan Rasa Syukur Akhirnya Sudah Pulang Ke Rumah

PENYANYI rock, Yantzen mengucapkan rasa syukur kerana akhirnya sudah boleh pulang ke rumah selepas dua hari berada di Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Yantzen berkata, dia melakukan kerja-kerja pembersihan bersama anak, kawan-kawan dan jiran.

“Selepas dua malam tidur di PPS mereka maklumkan air sudah surut dan boleh pulang ke rumah. Kami mula menjalankan kerja-kerja pembersihan.

“Sekarang saya dah boleh di rumah sebab dah bersih. Bekalan elektrik pun dah ada secara berperingkat mengikut kawasan.

“Terima kasih kepada semua yang membantu saya membersihkan rumah,” katanya yang kini berada di Terengganu melakukan kerja amal.

Tambah Yantzen, hampir kesemua barangan rumahnya rosak kerana ditenggelami air.

“Hampir semuanya rosak dan dan tak boleh digunakan lagi. Tetapi tidak mengapalah, saya terima semuanya dengan reda.

“Saya juga tidak akan berpindah dari sini,” katanya.

Sebelum ini, Yantzen, dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai (SKSS), Hulu Langat apabila kediamannya dinaiki air paras bumbung.

Air yang naik mendadak menyebabkan Yantzen terpaksa memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri.

Yantzen tinggal bersendirian di Taman Sungai Serai Tambahan, Batu 12, Hulu Langat selamatkan Anggota Tentera Malaysia (ATM) selepas satu hari bermalam di atas bumbung.-GEMPAK

Alhamdulillah! Yantzen Ucapkan Rasa Syukur Akhirnya Sudah Pulang Ke Rumah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker