Lelaki Hidung Bentuk ‘Kemaluan’ Sudah Mampu Tersenyum Selepas Pembedahan

Lelaki Hidung Bentuk ‘Kemaluan’ Sudah Mampu Tersenyum Selepas Pembedahan

SEORANG lelaki yang banyak menghabiskan sebahagian hidupnya dengan menyendiri kerana kecacatan pada hidungnya kini dapat hidup gembira selepas melakukan pembedahan.

Conrado Estrada menghabiskan masa bertahun-tahun menghadapi masalah makan dan bernafas kerana keadaan yang jarang berlaku menyebabkan hujung hidungnya membesar kepada saiz luar biasa.

Buruh binaan dan tukang cat berusia 57 tahun itu berkata, orang ramai akan merenungnya dia dan turut menjadi tanda tanya dalam kalangan kanak-kanak.

“Mereka akan merenung saya,” kata penduduk Portchester, NY itu kepada The New York Post.

“Kanak-kanak akan bertanya kepada ibu mereka apa yang telah berlaku kepada saya – dan saya akan mengatasinya dengan memakai pelitup muka sepanjang masa,” katanya.

Selain berasa tidak yakin pada dirinya, keadaan hidung itu turut mengganggu percakapannya, menyebabkannya berdengkur selain menjejaskan tugasan seharian.

Namun, selepas bertemu pakar bedah plastik, Dr Thomas Romo yang merupakan pengarah pembedahan rekonstruktif plastik muka di Hospital Lenox Hill, hidupnya berubah.

Dr Romo menyifatkan bentuk hidung Estrada agak teruk dengan bentuknya kelihatan seperti kemaluan.

Punca yang menyebabkan kecacatatn itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan. – Daily Star

Lelaki Hidung Bentuk ‘Kemaluan’ Sudah Mampu Tersenyum Selepas Pembedahan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker