Lelaki Tertinggi Di Dunia Ke Rusia Cari Cinta Baru Dan Calon Isteri

Lelaki Tertinggi Di Dunia Ke Rusia Cari Cinta Baru Dan Calon Isteri

LELAKI tertinggi di dunia berkunjung ke Rusia dalam usaha untuk mencari isteri baharu yang boleh memberikannya zuriat.

Sultan Kosen, 39, yang merupakan seorang petani Turki, menghidap tumor yang menjejaskan kelenjar pituitarinya, sehingga menghasilkan terlalu banyak hormon tumbesaran.

Dia memegang rekod dunia Guinness sebagai lelaki hidup tertinggi pada ketinggian 8 kaki 3 inci (2.51 meter).

Kosen yang berketurunan Kurdish berkata, dia akhirnya dapat membiasakan diri dengan ketinggian begitu tinggi, tetapi mengakui ia kadang-kala menyebabkan dirinya mengalami kesukaran dan ketidakselesaan.

Dia berkahwin dengan seorang wanita warga Syria setinggi 5 kaki 9 inci (1.75 meter) bernama Merve Dibo, 29, pada 2013.

Dalam satu wawancara, katanya, masalah terbesarnya dengan isteri adalah komunikasi kerana dia bercakap bahasa Turki, manakala isterinya hanya berbahasa Arab.

Walaupun mempunyai masalah komunikasi, perkahwinan mereka bertahan selama beberapa tahun sehingga akhirnya berpisah, baru-baru ini.

Dengan status kembali bujang, Kosen berkunjung ke Moscow pada awal Disember untuk mencari calon isteri baharu.

Menurut Kosen, dia mendengar bahawa wanita Rusia memiliki kecantikan yang luar biasa dan berjiwa penyayang menyebabkannya ke Rusia untuk mencari calon.

Dia berharap isteri baharu nanti dapat memberikan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Muncul dalam rancangan TV ‘Let Them Speak’ pada Isnin, Kosen berkata: “Sepatutnya mudah. Saya boleh menyediakan dengan baik dan tidak memerlukan wang.

“Saya ingin membawa isteri pulang ke Turki. Saya tinggal di tempat bersejarah, di tenggara tetapi agak jauh dari laut. Saya dengar bahawa wanita Rusia suka lelaki hot, sopan. Ia sepatutnya mudah!” katanya. – Daily Star

Lelaki Tertinggi Di Dunia Ke Rusia Cari Cinta Baru Dan Calon Isteri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker