MB Pahang: Tak benar saya cuma lambai mangsa banjir

MB Pahang: Tak benar saya cuma lambai mangsa banjir

Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata dakwaan bahawa dia sekadar melambai mangsa banjir adalah tidak benar.

Dia berkata demikian sebagai menjawab laporan seorang penduduk Taman Chegar Medang di Bentong, Pahang yang mengadu ternampak konvoi menteri besar di kawasan kediamannya tetapi hanya melambai.

“Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan misi bantuan banjir kerajaan negeri Pahang di media sosial maklum mengenai tindakan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri.

“Video yang dibuat oleh Malaysiakini yang mengatakan saya hanya melambai dari dalam kereta adalah satu laporan yang tidak benar dan berat sebelah,” katanya dalam catatan Facebook.

Semasa lawatan KiniTV ke kawasan perumahan itu, Zalmiah Wahab yang berusia 61 tahun mengadu berkata dia melihat konvoi Wan Rosdy melalui kawasan perumahannya.

“Kerajaan datang tengok. Tapi tak turun (kereta), cuma bye bye (lambai tangan) macam tu saja. Tak turun (dari kereta) pun.

“Rasanya mereka datang dari Kuantan. Menteri besar pun ada tapi dia tak turun (dari kereta),” dakwanya.

Bagaimanapun, berdasarkan kemas kini Facebook Wan Rosdy semalam, dia melawat beberapa kawasan banjir di Bentong termasuk Kampung Chegar Medang.

Dia turut mengumumkan kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan wang tunai khas RM500 kepada setiap isi rumah yang terjejas banjir.

MB Pahang: Tak benar saya cuma lambai mangsa banjir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker