Majoriti Kes Import Dari Arab Saudi, Pulang Dari Umrah Dijangkiti Varian Omicron
Majoriti Kes Import Dari Arab Saudi, Pulang Dari Umrah Dijangkiti Varian Omicron
Kementerian Kesihatan (KKM) juga melaporkan, majoriti kes import COVID-19 varian Omicron adalah dari Arab Saudi.
Menurut Menterinya, Khairy Jamluddin, 30 daripada 49 kes baharu yang dilaporkan ini adalah dalam kalangan mereka yang baru pulang mengerjakan ibadah umrah.
“Kita dapati sebahagian besar tidak patuh kepada pengasingan dengan ahli keluarga, mereka bergaul dan menerima kedatangan tetamu serta jiran tetangga. Mungkin ingin mengambil berkat, tapi terambil Omicron,” katanya di sidang media pada Sabtu.
Beliau mengharapkan kepada semua individu yang pulang dari luar negara agar terus patuh kepada SOP untuk terutamanya kepada kemudahan kuarantin di rumah.
“Nasihat kedua yang malangnya tidak dapat kita kenakan penguatkuasaan adalah tolong jangan keluar daripada bilik, bergaul dengan ahli keluar dan terima kunjungan sampailah habis kuarantin,” katanya.
Beliau turut menjelaskan kes import lain turut melibatkan beberapa negara iaitu lima kes daripada United Kingdom, empat kes dari Qatar serta Nigeria.
Manakala kes import dari Turki, Itali dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) masing-masing dengan satu kes import varian Omicron.
Semua daripada kes ini adalah daripada kategori satu dan dua serta tiada gejala teruk.-AA
Majoriti Kes Import Dari Arab Saudi, Pulang Dari Umrah Dijangkiti Varian Omicron
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Elak Tanggung Rugi Ratusan Ribu Dan Kereta Baru, Lelaki Ini Sanggup Ke China Beli Plastik Pelindung
- Amelia tak suka kongsi
- Sesi Persekolahan Penggal 3 Ditangguh Seminggu – Menteri KPM
- Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri
- Kejutan buat kekasih bertukar drama air mata
- Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu
- Senariounion tanpa Lan Pet Pet, ini sebabnya
- Pertahan tentera: Shahrol bidas Harith Iskander
- Amaran Prof. Shahrul Shauqi palsu – Meteorologi
- Lelaki psikik dakwa ramal kejadian besar 2022
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai
Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’