Merdeka 118 tak guna wang pemegang unit amanah

Merdeka 118 tak guna wang pemegang unit amanah

PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) menegaskan pembangunan Merdeka 118 tidak menggunakan wang pemegang unit amanah, sebaliknya dibiayai oleh sendiri oleh PNB.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pembangunan menara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara itu dimiliki 100 peratus oleh PNB.

Katanya, menara itu bukan dimiliki unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui pegangan ekuiti dalam Merdeka Ventures Sdn Bhd.

“Suntikan ekuiti untuk Merdeka 118 diperoleh daripada dana proprietati PNB sendiri menerusi dana pembiayaan pembangunan.

“Ia disokong oleh dua terbitan sukuk pada 2016 iaitu Program Sukuk SRI Hijau Merdeka Asean dan Sukuk Murabahah Merdeka mulai lima tahun lalu,” katanya pada sidang media selepas pengumuman agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) secara maya, semalam.

Hadir sama, Pengerusi PNB, Tun Arifin Zakaria.

Menara yang mempunyai 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu juga dinobatkan sebagai menara kedua paling tinggi di dunia selepas Burj Khalifa, Dubai setinggi 828 meter.

Nilai pembangunan kasar (GDV) PNB 118 berjumlah lebih RM3.5 bilion dan dijangka memberi kesan positif pada negara dari aktiviti komersial sehingga pelancongan.

Sebelum ini, kedudukan menara kedua tertinggi itu dipegang oleh Shanghai Tower pada ketinggian 632 meter.

Sementara itu, mengenai pemilikan ekuiti Bumiputera yang berada pada kadar 17.2 peratus pada 2019 dan masih di bawah sasaran 30 peratus, Arifin berkata, sebagai institusi pelaburan Bumiputera, kumpulan itu masih mewakili pemilikan Bumiputera dalam semua pelaburan.

Katanya, bagi isu cadangan kerajaan untuk memperkenalkan rangka kerja jaringan keselamatan ekuiti iaitu memastikan jualan saham dan syarikat oleh syarikat tempatan kepada pemilik asing dikawal, beliau berkata, penjualan atau pelepasan aset kepentingan adalah penting dalam operasi perniagaan PNB.

“Ia membolehkan PNB merealisasikan keuntungan modal daripada pelaburan dan mengitar semula modal ke dalam kelas atau pelaburan aset baharu yang juga sebahagian inisiatif pengimbangan semula portfolio yang berterusan.

“Ini bagi memastikan pulangan yang mampan pada masa hadapaan berpandukan rangka kerja dan aset strategik PNB, strategik aset lokasi dan pelaburan hartanah,” katanya. HM

Merdeka 118 tak guna wang pemegang unit amanah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker