Ayob Khan kembali ke Bukit Aman bulan depan

Ayob Khan kembali ke Bukit Aman bulan depan

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay, akan bertugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, menggantikan Razarudin Husain, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, berkuat kuasa, 26 Dis.

Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat pula akan menggantikan Ayob sebagai Ketua Polis Johor, manakala Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Wan Hassan Wan Ahmad, dilantik menggantikan Kamarul.



Ketiga-tiga mereka kecuali Razarudin akan mula bertugas ke jawatan baharu masing-masing bermula 25 Jan ini.

Pertukaran berkenaan terkandung dalam surat bertarikh hari ini, yang ditandatangani Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, dan diedarkan kepada semua Ketua Polis negeri, termasuk semua Pengarah pasukan keselamatan itu.

Pelantikan Razarudin adalah bagi menggantikan Mazlan Lazim, yang akan bersara wajib, esok. FMT

Ayob Khan kembali ke Bukit Aman bulan depan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai



Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker