PM arah kabinet batal cuti, menteri di luar negara balik segera

Sebaran :

PM arah kabinet batal cuti, menteri di luar negara balik segera

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan anggota kabinet untuk membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara hendaklah pulang segera.

“Saya sudah arahkan semua menteri yang rancang percutian masing-masing untuk batalkan percutian mereka, mereka yang berada di luar negara yang boleh balik, balik segera.

“Supaya kita boleh bersama rakyat yang sedang kesusahan ini,” katanya.



Arahan ini dikeluarkan perdana menteri ketika angka korban banjir yang melanda beberapa negeri telah melepasi 40 kematian.

Kata perdana menteri pembatalan cuti itu berkuat kuasa sehingga masalah bencana banjir negara ketika ini selesai.

Ismail Sabri telah membuat hantaran di Twitter, video ucapannya yang dipercayai dirakam semasa melawat Bentong, Pahang.

PM arah kabinet batal cuti, menteri di luar negara balik segera




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *