AS lulus pil anti-Covid-19 keluaran Pfizer
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) pada Rabu meluluskan penggunaan pil antiCovid-19 keluaran Pfizer untuk golongan yang berisiko tinggi dan berusia 12 tahun ke atas.
Ia selepas berlaku lonjakan kes akibat varian baharu, Omicron sehingga mengancam rancangan percutian penduduknya.
Dua jenis pil yang dikenali sebagai Paxlovid diluluskan sebagai penggunaan semasa kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) milik AS.
Kelulusan itu diberikan setelah berjaya mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan individu berisiko sebanyak 88 peratus dalam ujian klinikal.
“Tindakan hari ini (Rabu) adalah bukti kekuatan sains dan hasil inovasi dan kepintaran Amerika,” kata Presiden AS, Joe Biden dalam satu kenyataan serta berjanji untuk menggunakan undang-undang yang akan membantu Pfizer meningkatkan pengeluaran pil tersebut dengan cepat.
Kebenaran itu berlaku kerana kes-kes melonjak di seluruh AS yang didorong oleh Omicron iaitu varian paling menular sehingga kini. – Agensi
AS lulus pil anti-Covid-19 keluaran Pfizer
Baca Artikel Menarik :
- Henti ‘game’ salah-menyalah – Najib
- Zul rapat dan mesra dengan saya – Ruhainies
- Pembalasan Tuhan, Ebby Yus maafkan segelintir netizen
- Peguam Long Tiger U-TURN
- Wan Saiful bangang, Latiff perlu bertanggungjawab – Nazri
- Kertas A4 Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir
- Payudara aku kecil macam kau punya – Sharifah Sakinah
- Saya nak sekolahlah MB Selangor, dia tak faham MKN – Noh
- PSUAM buat laporan dakwa cubaan sorok bukti dalam kes mahkamah Najib
- Kediaman di Mentakab ‘lenyap’ tenggelam air banjir
- Intan Ladyana, suami dikejarkan ke hospital
Layari Laman Facebook MYKMU</a