Tragedi Bentong: Mayat budak tersangkut timbunan kayu hanyut

Tragedi Bentong: Mayat budak tersangkut timbunan kayu hanyut

Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai salah seorang mangsa dihanyutkan kepala air dalam kejadian banjir lumpur di Bobby Eco Farm di sini Sabtu lalu yang berjaya dijumpai pagi tadi, ditemui tersangkut dalam timbunan kayu hanyut, kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian.

Mayat yang ditemui kira-kira jam 10.30 pagi tadi dalam keadaan terapung di bawah timbunan kayu itu bagaimanapun belum dapat dikenal pasti identitinya.



Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata pasukan penyelamat menemui mayat itu setelah membuat pencarian secara ‘sweep searching’ dan ‘fan searching’ di kawasan sisa kayu hanyut.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari timbunan kayu yang dihanyutkan arus dengan kaedah pemugaran dan pengalihan sisa kayu. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan,” katanya.

Seramai 35 orang menjadi mangsa banjir lumpur di Bobby Eco Farm Resort pada Sabtu lalu, namun 24 dewasa dan lapan kanak-kanak selamat, manakala tiga hilang.

Sebelum ini, bomba dilapor memaklumkan, tiga mangsa itu ialah sepasang suami isteri yang juga pemilik resort berkenaan dikenali sebagai Bobby Lim Yoke, 60-an dan isteri, Yap Koon Lau, 66, serta seorang budak lelaki yang datang ke resort itu bersama keluarganya.



Mayat Koon Lau berjaya ditemui pada jam 10.15 pagi semalam di bawah timbunan sisa balak dan pasir, kira-kira 200 meter dari lokasi inap desa itu.

“Operasi mencari mangsa hilang masih diteruskan dibantu tiga anjing pengesan (K9) dan tujuh anggota Unit Pengesan,” katanya. BH

Tragedi Bentong: Mayat budak tersangkut timbunan kayu hanyut


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker