Jambatan ditutup sementara akibat hakisan tebing
Jambatan ditutup sementara akibat hakisan tebing
Kuala Krai: Jambatan Orang Asli di Kampung Batu Lada yang menjadi laluan utama empat kampung ke bandar ditutup sejak Isnin lalu akibat hakisan tebing susulan peningkatan paras air sungai dan arus deras.
Penduduk, Muhammad Hishamudin Abdullah, 55, berkata hujan lebat sejak Jumaat lalu menyebabkan air Sungai Kelantan, di sini, melimpah sekali gus menghakis tebing jambatan berkenaan sebelum ia runtuh.
“Paras air sungai naik setinggi lima meter sehingga menenggelamkan jambatan ini dan apabila surut dua hari lalu, ia menghakis tebing jambatan sebelum runtuh dan ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Kebanyakan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran terpaksa menggunakan jalan alternatif untuk sementara waktu,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu Lada, di sini, hari ini.
Penduduk lain, Ibrahim Che Mud, 70, berkata dia dan ahli keluarga yang lain baharu sahaja berpindah di kawasan itu pada September lalu dan terkejut apabila hakisan berlaku pada jarak 200 meter dari rumahnya.
“Bagaimanapun, semasa kejadian berlaku tiada sebarang kenderaan atau pengguna yang melalui jalan berkenaan dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
“Dalam masa sama, hakisan ini menyebabkan aktiviti penduduk terganggu apabila mereka terpaksa menggunakan laluan alternatif lebih jauh dan tidak mempunyai pilihan lain demi keselamatan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guchil, Hilmi Abdullah berkata, pihaknya melaporkan kejadian kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan lanjut.
“Makluman mengenai kejadian itu juga sudah diberikan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk diambil tindakan segera.
“Pada ketika ini, jambatan ini ditutup kepada semua kenderaan dari kedua-dua arah dengan meletakkan papan tanda sebagai peringatan sehingga kerja membaik pulih jambatan itu selesai,” katanya. HM
Jambatan ditutup sementara akibat hakisan tebing
Baca Artikel Menarik :
- Beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir
- Nahas 10 maut: Pemandu lori mengaku tidak bersalah
- Apa fungsi NADMA semasa banjir?
- Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir
- MLM2021: Tiro sememangnya layak bergelar juara
- Tips pulihkan barangan elekrik tenggelam banjir
- MAHB ucap takziah kehilangan pegawai, pengantin baharu dijumpai lemas
- Lepas kantoi curang, suami lafaz cerai
- Puteri Balqis okay ke tu?
- Hubungan intim, kahwin tanpa kebenaran, 3 anggota polis disiasat
- Jangan marah Penyelamat, banjir berlaku serentak di banyak kawasan
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir
You must be logged in to post a comment.