AC Mizal berpadu suara dengan anaknya

Sebaran :

AC Mizal berpadu suara dengan anaknya

Ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Justeru tidak menghairankan apabila darah seni dalam tubuh Datuk AC Mizal, 49, kini mengalir kepada anak lelakinya, Muhammad Reeve Damien, 18.

Tidak menghairankan juga, apabila ketua kumpulan rap popular era 90-an, 4U2C ini menyambut baik lamaran Universal Music Malaysia yang mahu menyunting anaknya sebagai artis rakaman.

Selepas berdepan pelbagai ujian antaranya pandemik Covid-19, AC Mizal gembira melihat single hasil gandingannya dengan anak berjudul Mine kini dilancarkan.



“Segala serba-serbi mengenai pembabitan dan perjalanan proses pembikinan lagu ini membuatkan saya teruja dan bangga.

“Semuanya dibuat dengan teliti. Single pertama anak saya ini menyatukan kami dan menjadi sisi lain yang membuat saya tersentuh hati dan terharu.

“Bahkan, saya sendiri tidak pernah menyangkakan semua ini akan berlaku dan tersusun cantik,” katanya lagi.

AC Mizal berkata, penantian yang bertahun lama dipendam untuk melihat Damien bergelar penyanyi juga sudah menjadi kenyataan.



“Akan datang, kami bakal beraksi atas satu pentas membuat persembahan. Ia rasa yang tak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata.

“Single Mine mempertaruhkan bakat anak saya sebagai penerbit lagu, penulis lirik selain menyumbangkan vokalnya.

“Lagu genre pop R&B dan hip hop ini dicipta oleh Adam E, Freddie Laut dan ADL, manakala lirik pula gabungan idea Damien, saya bersama Adam E dan ADL,” katanya.

Menurutnya, lagu ini sepatutnya dilancarkan tahun lalu, namun tertangguh akibat pandemik Covid-19 yang memaksa segala perancangan ditunda akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



“Jadi, ia akhirnya dibawa ke tahun ini dan lagu pula sudah dirakamkan pada 3 Januari lalu. Manakala, muziknya videonya dapat disiapkan penggambarannya pada 10 Oktober lalu.

“Saya serahkan tanggungjawab memberi ‘nyawa’ untuk lagu ini kepada Damien. Lagipun, dia lebih arif dengan apa yang dirasakan sesuai untuk muzik zaman sekarang.

“Saya juga bangga kerana melihat Damien cukup bersedia dengan setiap proses dari A hingga Z. Saya sendiri tak mahu projek lagu duet ini jadi asal boleh dan kami ingin ia dihasilkan sesempurna mungkin,” katanya.

AC Mizal turut melahirkan perasaan puas hatinya kerana Universal Music sendiri faham kehendak dan hala tuju diinginkannya yang begitu mementingkan kesempurnaan.

“Pendek kata, bunyi, susunan lagu dan muzik video semuanya mencapai paras kepuasan saya. Ternyata, anak saya seperti lulus dengan baik untuk percubaan sulungnya ini.

“Tak banyak aspek yang perlu diubah. ‘Feel’ yang dizahirkannya dalam lagu ini juga kena. Saya sendiri juga menyanyi rap dengan suntikan elemen yang baharu dan tidak seperti kebiasaan.

“Dalam lagu ini, kami masing-masing mengimbangi bahagian nyanyian secara sama rata. Tiada siapa cuba ‘overshadow’ sesiapa,” katanya.

AC Mizal berkata, dia cuma mahu mengucapkan salam perkenalan buat anaknya supaya dapat diterima peminat.

“Lagu ini mula popular apabila sering dimainkan di radio serta diundi oleh peminat. Beri ruang untuk dia (Damien) menunjukkan potensi bakatnya yang sebenar.

“Damien mula menunjukkan minat bermain gitar di usia 10 tahun. Dia mula berjinak-jinak dalam dunia nyanyian selepas tamat peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

“Sementara menunggu keputusan, dia berlatih menyanyi setiap hari. Dari situ, terserlah minatnya. Malah, selama enam bulan juga dia berlatih menyanyi dan mengasah vokal sebagai persediaan sebelum merakam single Mine ini,” katanya.

AC Mizal mengakui dia juga menyokong 100 peratus minat dan apa yang dilakukan Damien sekarang.

“Saya juga mahu dia mengimbangi pelajaran. Dia memiliki Diploma Pengajian Perniagaan dari sebuah kolej dan akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pula tahun depan,” katanya.

Kini, single Mine sudah tersedia di semua platform penstriman digital sejak 10 Disember lalu, manakala muzik videonya sudah boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia. HM

AC Mizal berpadu suara dengan anaknya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *