Pembantu dewan bedah antara 3 ditahan, disyaki edar dadah di hospital

Pembantu dewan bedah antara 3 ditahan, disyaki edar dadah di hospital

Seorang pembantu dewan bedah di sebuah hospital kerajaan antara tiga individu ditahan selepas disyaki terbabit aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

Polis tidak menolak kemungkinan suspek turut mengedar dadah dalam kawasan hospital untuk pelanggan tertentu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, tiga suspek termasuk seorang wanita berusia 40-an dan 50-an turut ditahan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Wangsa Maju menahan seorang lelaki berusia 40-an di Kampung Bandar Dalam, Setapak, 6.45 petang, Jumaat lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati satu beg silang di dalamnya terdapat satu bungkusan ketulan mampat disyaki ganja seberat 1kg,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Ashari berkata, tangkapan suspek membawa polis ke rumahnya di kawasan Pudu dan menemui tiga lagi ketulan mampat disyaki ganja seberat 3kg dalam bilik tidur utama.

Katanya, polis turut menahan isteri suspek berusia 40-an yang juga suri rumah, namun dipercayai bersubahat dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Soal siasat membawa kepada penahanan seorang lagi suspek, iaitu pemilik restoran berusia 50-an di Kota Damansara kira-kira 9 malam hari sama. Suspek ketiga itu disyaki pengedar utama membekalkan dadah kepada suspek.

“Jumlah keseluruhan dadah dirampas dianggarkan bernilai RM9,800,” katanya.

Polis percaya semua suspek aktif dalam pengedaran dadah akhir tahun lalu di sekitar Wangsa Maju termasuk Lembah Klang.

“Ujian saringan air kencing suspek pertama mendapati positif dadah manakala suspek ketiga mempunyai satu rekod jenayah membabitkan 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Tiga suspek direman tujuh hari dan kes disiasat bawah Seksyen 39B ADB 1952,” katanya.

Ditanya adakah suspek bertindak mengedar dadah dalam kawasan hospital, Ashari tidak menolak kemungkinan itu dan pihaknya masih menyiasat lanjut kes berkenaan.

“Kita tidak menolak kemungkinan ini (edar di kawasan hospital) mungkin untuk individu tertentu, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. FMT

Pembantu dewan bedah antara 3 ditahan, disyaki edar dadah di hospital


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker