Pemuda UMNO Titiwangsa bantu mangsa banjir

Sebaran :

Pemuda UMNO Titiwangsa bantu mangsa banjir

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa mengambil tindakan proaktif dan pantas bagi membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan Parlimen berkenaan.

Ketuanya, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, sebanyak 43 unit dan 20 kedai di Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kampung Padang mengalami banjir.

Menurut beliau, turut terjejas akibat banjir rumah penduduk di Kampung Baru dan sebanyak sembilan unit rumah di Kampung Hujung Pasir.



“Mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk ditempatkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

“Bantuan RM200 diberi kepada setiap keluarga serta barangan keperluan air mineral, biskut, pad wanita diagihkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nazir Hussin berkata, berdasarkan aduan penduduk banjir kilat kerap melanda kawasan terbabit jika berlaku hujan lebat berlarutan.

Kata beliau, bencana itu menyebabkan barangan elektrik milik penduduk rosak dan Pergerakan Pemuda UMNO Titiwangsa amat prihatin nasib mereka.



“Saya bersama pemuda (UMNO) Titiwangsa memantau banjir di kawasan Parlimen Titiwangsa ini dan bersedia memberi pertolongan serta bantuan pada bila-bila masa.

“Saya tidak dapat menangani masalah banjir saat ini, namun saya akan membantu mangsa-mangsa yang terkesan.

“Kawasan ini bukan kali pertama berlaku banjir kilat, malah setiap kali banjir kami pasti hadir menghulurkan apa yang boleh meringankan beban mangsa,” katanya. K Online

Pemuda UMNO Titiwangsa bantu mangsa banjir




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.