Gugurkan Latiff kerana gagal ketuai NADMA – NGO

Sebaran :

Gugurkan Latiff kerana gagal ketuai NADMA – NGO

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan menggugurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad yang mengetuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kerana gagal menguruskan banjir besar di beberapa negeri seluruh negara.

Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PEKEMAS), Faizan Nor berkata, tindakan Latiff mengeluarkan kenyataan bahawa agensi itu hanya menguruskan pampasan kepada mangsa dan tidak terlibat dalam pengurusan banjir sangat mengecewakan.

“Kita tak boleh terima apabila dia kata NADMA hanya urus pampasan dan tidak terlibat dalam kerja berkaitan bencana alam yang sedang terjadi.



“Sedangkan semua tahu NADMA adalah agensi peneraju pengurusan bencana yang mengatur semua gerakan dan mengkoordinasi semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa banjir ketika ini sedang menunggu tindakan selanjutnya daripada pemimpin tinggi negara khususnya yang menjaga NADMA untuk membantu mereka mengharungi bencana itu.

“Kalau setakat pampasan, itu syarikat insurans boleh buat dan rakyat ketika ini tengah tunggu apa pegawai tinggi dalam NADMA sedang buat untuk urus banjir ini,” katanya.

Justeru Faizan berkata, kerajaan perlu mengambil serius isu berkenaan kerana bencana ini menjadi kayu ukur kepada prestasi kerajaan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.



Minggu lalu, Latiff berkata di Dewan Rakyat bahawa NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.

Katanya, NADMA hanya menjaga urusan pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri. FMT

Gugurkan Latiff kerana gagal ketuai NADMA – NGO


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *