Bersaralah bos, biar generasi baharu pimpin DAP – Hew

Bersaralah bos, biar generasi baharu pimpin DAP – Hew

Bekas orang kuat DAP, Hew Kuan Yau menasihatkan veteran parti itu, Lim Kit Siang supaya bersara daripada arena politik.

Mengulas kenyataan Lim selepas pilihan raya negeri (PRN) Sarawak Sabtu lalu, Hew berkata, beliau patut berhenti membuat kenyataan mengenai politik.



“Bos, kurangkan bercakap dan keluar kenyataan, bersara awal dan biar generasi baharu memimpin DAP,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Hew, yang lebih dikenali sebagai “Superman Hew” kerana memakai baju T Superman, meninggalkan parti itu pada 2016 susulan kritikan terhadap kenyataannya berhubung tuntutan Laut China Selatan.

DAP sekadar memenangi dua daripada 26 kerusi yang ditandinginya pada PRN Sarawak Sabtu lalu. Pada PRN 2016, parti itu memenangi tujuh kerusi di Sarawak.

Parti itu hanya berjaya mempertahankan kerusi Pending dan Padungan, tetapi tewas di Kota Sentosa, Pujut, Pelawan, Bukit Assek dan Tanjung Batu.



Lim percaya DAP boleh memenangi lima kerusi lagi, jika bukan disebabkan peratusan keluar mengundi yang rendah dan perpecahan undi pembangkang. FMT

Bersaralah bos, biar generasi baharu pimpin DAP – Hew


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker