SUPP-GPS berjaya rampas kubu kuat DAP

KUCHING – Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berjaya menambat hati pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa apabila dapat mengalahkan parti lawannya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).

Selama tiga penggal mencuba nasib, calon SUPP yang bertanding di bawah panji Gabungan Parti Sarawak (GPS), Wilfred Yap Yau Sin mampu merampas kubu kuat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di kawasan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Mendengar Keputusan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) di sini pada Sabtu malam, Walfred berkata, beliau akan menunaikan janji yang terbuku dalam manifestonya kepada penduduk Kota Sentosa secara berperingkat.

“Perkara yang perlu diutamakan setelah ini adalah mengotakan janji kepada penduduk Kota Sentosa kerana mereka sudah memberi kepercayaan kepada GPS untuk menjadi wakil rakyat mereka.

“Sudah pasti janji-janji dalam manifesto sebelum ini akan ditunaikan selangkah demi selangkah dalam tempoh lima tahun ini, namun menggalas tanggungjawab yang besar bukan perkara mudah.

“Justeru kami (GPS) berharap agar orang ramai dapat memberi sedikit masa dan ruang kepada semua wakil GPS merehatkan diri beberapa hari agar dapat mengembalikan semula tenaga yang sudah dikerahkan sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berasa terharu atas sokongan dan dorongan yang diberikan penduduk di Kota Sentosa kepada GPS pada PRN kali ini.

Jelasnya, keputusan itu berkemungkinan disebabkan keyakinan mereka terhadap manifesto yang telah dijanjikan GPS sebelum ini berjaya menambat hati dan kepercayaan pengundi.

“Kerajaan GPS akan memberikan peruntukan bersesuaian dengan DUN Kota Sentosa yang sudah menjadi sebahagian daripada pentadbiran kami demi memastikan janji dapat ditunaikan secara berperingkat, sekali gus membangunkan kawasan itu,” ujarnya.

Walfred turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana memberikan peluang kepadanya berkhidmat sebagai wakil rakyat meskipun ini merupakan kemenangan pertama dirinya.

Kota Sentosa sebelum ini disandang Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen selama 15 tahun namun beliau berhijrah ke Padungan pada PRN12.

Untuk rekod, Wilfred berjaya memperolehi 5,806 undi mengalahkan empat pencabar lain, Micheal Kong Feng Nian (DAP) (4,123 undi), Lau Pang Heng (PSB) (2,328 undi), Lue Cheng Hing (PBK) (1,015 undi) dan Tan Kok Chiang (ASPIRASI) (215 undi).

Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

SUPP-GPS berjaya rampas kubu kuat DAP


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kepimpinan, MT UMNO Teliti Usul Bahagian Mengenai PRU15 Dan Pemilihan Parti

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker