Sewa kediaman mewah untuk edar ganja, polis tahan 4 lelaki tempatan

Sewa kediaman mewah untuk edar ganja, polis tahan 4 lelaki tempatan

Polis menumpaskan sindiket pengedaran ganja susulan penahanan empat lelaki dalam tiga serbuan di sekitar Brickfields dan Shah Alam, kelmarin.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas ganja seberat 4.5 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM491,520.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Kuala Lumpur, Sahar Abd Latif berkata, semua suspek berusia antara 22 hingga 36 tahun itu dipercayai aktif di Lembah Klang sejak tiga bulan lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan pertama pihaknya menahan suspek pertama di tempat letak kereta sebuah residensi mewah di Pantai Dalam di sini serta turut menyerbu sebuah lagi residensi.

“Suspek kedua ditahan dalam rumah tersebut dan polis berjaya merampas satu balang kaca mengandungi putik bunga ganja dianggarkan seberat 1,556 gram (g) bernilai RM155,600.

“Pihak polis juga menemui plastik hitam berisi daun kering dianggarkan seberat 720g bernilai RM36,000 dan lapan batang pokok ganja dalam bag poli kanvas,” katanya dalam kenyataan.

Sahar berkata, pihak polis berjaya menahan suspek ketiga dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam dan merampas satu balang kaca mengandungi putik bunga ganja dianggarkan seberat 2,995g bernilai RM299,500.

Katanya, polis turut merampas empat peket plastik lutsinar mengandungi putik bunga ganja seberat 4.20g bernilai RM420 dan tiga paket lutsinar berisi tujuh benih ganja seberat 0.67g.

“Susulan itu, pihak polis telah membuat serbuan di sebuah pasar raya Jalan Kerinchi di sini dan menahan suspek keempat yang disyaki terlibat dalam sindiket ini,” katanya.

Katanya, sindiket tersebut mengimport benih ganja dari luar negara dan menggunakan peralatan canggih untuk menanam dan menjaga benih tersebut sebelum menjual bunga ganja di pasaran tempatan.

“Modus operandi sindiket ini merupakan satu trend baru dalam aktiviti pengedaran dadah ganja yang mensasarkan penjualan putik bunga ganja yang bernilai tinggi di pasaran.

“Sindiket menyewa residensi mewah pada kadar sewaan RM4,500 sebulan dan mereka menjual ganja dalam bentuk timbangan 28g dengan harga RM2,800 hanya kepada pelanggan tertentu sahaja,” katanya. FMT

Sewa kediaman mewah untuk edar ganja, polis tahan 4 lelaki tempatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker