4 nelayan hanyut 9 jam selepas bot karam di Batu Pahat

4 nelayan hanyut 9 jam selepas bot karam di Batu Pahat

BATU PAHAT: Empat nelayan berdepan detik cemas apabila hanyut kira-kira sembilan jam selepas bot mereka karam dipukul ombak ketika menangkap ikan di kedudukan 3.9 batu nautika barat daya Pantai Perpat, dekat sini, tengah malam Khamis.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor Simon Templer Lo Tusa berkata selepas mendapat laporan mengenai kejadian itu pada 12.15 malam itu, Maritime Rescue Sub-Centre Johor Bahru mengaktifkan Op Carilamat bagi mencari mangsa yang berusia antara 25 hingga 34 tahun itu.

Beliau berkata susulan kejadian itu, Zon Maritim Batu Pahat telah mengatur gerak bot Benteng 5 dan bot Petir 51 ke lokasi kejadian bagi mengesan bot nelayan berwarna biru dengan pendaftaran SLFA 5050 yang dilaporkan karam bersama empat kru.

“Sebuah pesawat udara AW139 Maritim Malaysia juga ditugaskan dalam operasi pengesanan dan pencarian udara dengan turut dibantu radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut,” kata beliau dalam dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Simon berkata kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan, ditemui selamat pada kedudukan 10.8 batu nautika barat daya muara Batu Pahat, kira-kira 9 pagi tadi oleh bot nelayan lain yang menyertai Op Carilamat.

“Keadaan keempat-empat mangsa, yang berasal dari Pontian Kechil itu, selamat dan kesemua mereka telah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing,” kata beliau.

Sehubungan dengan itu, komuniti maritim diingatkan sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca dan laut ketika ingin melakukan aktiviti perikanan di laut.

“Sekiranya terdapat sebarang aduan kesalahan jenayah di laut atau kecemasan segera hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199 401 atau talian kecemasan MERS 999,” kata beliau.
FMT

4 nelayan hanyut 9 jam selepas bot karam di Batu Pahat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker