Kedai jual daging buaya di Melaka diserbu Perhilitan

Kedai jual daging buaya di Melaka diserbu Perhilitan

TINDAKAN sebuah kedai di Melaka yang menjual daging buaya menerima padah apabila diserbu oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Memetik laporan Utusan Online, berdasarkan kenyataan agensi tersebut hari ini, pemeriksaan ke atas premis perniagaan itu dilaksanakan semalam yang melibatkan penguat kuasa Perhilitan dari Kuala Lumpur dan Melaka.

Hasil daripada Operasi Bersepadu Khazanah itu, mereka berjaya menemui satu bungkusan hidupan liar yang disyaki daging buaya dan tidak memiliki permit penyimpanan sah Perhilitan.

“Satu laporan kemudian dibuat di Balai Polis Batu Berendam, manakala barang kes itu dibawa ke Pejabat Perhilitan Melaka untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan agensi tersebut.

Kes berkenaan ujar Perhilitan, akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, namun agensi itu tidak menyatakan adakah pemilik barangan tersebut akan turut didakwa.

Pemilikan bahagian haiwan liar tanpa dokumen jika disabitkan kesalahan di mahkamah boleh dihukum denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Difahamkan, bungkusan itu merupakan produk daging buaya disejuk beku kualiti premium terbaik yang diimport khas dari Australia dengan harganya dijual kira-kira RM64.

Ia malahan ditawarkan secara terbuka menerusi satu laman e-dagang tempatan yang popular dengan produk berasaskan daging khinzir tetapi penghantaran terhad sekitar Lembah Klang.

Menurut ulasan disertakan dalam portal jualan atas talian itu, pengeluarnya mendakwa daging buaya segar tersebut mampu memberi tahap kesihatan hidup bermutu kepada si pengguna.

Syarikat pengimportnya pula beralamat di Subang Jaya, Selangor dan merupakan perniagaan keluarga sejak tiga generasi dengan menawarkan pelbagai jenis produk terbaik dari gred A.

Ini termasuk daging haiwan ruminan meliputi lembu, kambing, bebiri dan babi selain ternakan itik dan ayam di samping makanan laut terbaik antaranya ikan salmon, sotong dan udang. Utusan

Kedai jual daging buaya di Melaka diserbu Perhilitan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker