Plaza Tol Shah Alam ditutup sepenuhnya akibat banjir
KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menutup sepenuhnya Plaza Tol Shah Alam dan jalan susur persimpangannya mulai jam 2 petang Sabtu akibat banjir susulan hujan lebat sejak 24 jam lepas.
Setakat ini, PLUS memaklumkan bahawa satu-satu jalan keluar yang dibuka untuk dilalui ialah di Plaza Tol Subang dan Seafield untuk laluan ke arah selatan dan utara, sementara laluan masuk di Bukit Raja serta laluan Setia Alam ramp ke Shah Alam juga ditutup.
Pemandu yang dapat melalui jalan antara Setia Alam ke Shah Alam dan Subang menghala Shah Alam/Elite dikehendaki membuat pusingan U kecemasan melalui akses sementara yang disediakan oleh PLUS.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, kakitangan PLUS sedang bekerja untuk menguruskan keadaan dan membantu melancarkan aliran trafik.
“Kami kesal dengan kesulitan yang timbul akibat banjir ini susulan hujan lebat berterusan dalam tempoh 24 jam lepas. Plaza tol PLUS akan dibuka semula sebaik sahaja kami mengesahkan ia selamat,” kata Zakaria dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi papan tanda amaran dan arahan pihak berkuasa di lokasi.
PLUS juga telah memaklumkan kepada semua pengguna lebuh raya melalui Sistem Pemesejan Berubah (VMS) mengenai penutupan itu dan akan menyebarkan maklumat lanjut sebaik sahaja ada, menurut kenyataan itu.
Maklumat yang dikemas kini juga akan dimuat naik di laman web PLUS www.plus.com.my dan platform media sosial termasuk Facebook dan Twitter PLUS Malaysia, katanya. – Bernama
Plaza Tol Shah Alam ditutup sepenuhnya akibat banjir
Baca Artikel Menarik:
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Banjir: Buaya Sungai Linggi Naik Darat Ke Jalan Raya [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.