Kemenangan GPS kemenangan rakyat – Abang Jo

Kemenangan GPS kemenangan rakyat – Abang Jo

KUCHING: Tan Sri Abang Johari Abang Openg menyifatkan kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) sebagai kemenangan seluruh rakyat negeri ini.

Pengerusi GPS itu berkata, mandat kemenangan yang diberi rakyat akan membantu usaha kerajaan negeri untuk meletakkan Sarawak pada kedudukan yang sama dengan Semenanjung sebagai rakan wilayah dalam Malaysia.

Katanya, rakyat juga memberi isyarat bahawa kestabilan politik adalah penting untuk meneruskan usaha pembangunan di negeri ini.

“Rakyat telah memberi mandat kepada kita untuk Sarawak diutamakan dan mandat ini juga memberikan kuasa kepada GPS untuk meneruskan pembangunan ekonomi yang mampan dan dasar sosial yang mengutamakan rakyat.

“Ia juga memberi isyarat betapa pentingnya keterangkuman semua kaum dalam pembangunan negeri kita ke arah (Strategi Pembangunan Pasca COVID-19) 2030, tidak kira perbezaan etnik dan agama,” katanya dalam ucapan kemenangan PRN-12, di sini malam ini.

Setakat jam 9.50 malam ini, GPS berjaya menawan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu, Abang Johari turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak yang memberi keyakinan kepada GPS untuk memerintah negeri ini ke arah yang lebih cemerlang.

Beliau turut mengajak semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS untuk meneruskan usaha dalam menjalankan tanggungjawab dan janji-janji dalam manifesto parti.

“Insya-Allah kita akan membangunkan Sarawak yang maju, berpendapatan tinggi pada 2030,” katanya.

Pada sidang akhbar selepas itu, Abang Johari berkata, prestasi buruk Pakatan Harapan (PH) dalam PRN-12 adalah bukti bahawa rakyat berpandangan negeri ini lebih baik ditadbir oleh parti tempatan.

Mengenai barisan Kabinet negeri, beliau menjelaskan ia akan dumumkan apabila tiba masanya.

“Semua rakan kerjasama saya adalah baik dan mereka beri keyakinan dan apabila tiba masanya, saya akan umumkan,” katanya. BH

Kemenangan GPS kemenangan rakyat – Abang Jo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker